
Jika anda tinggal seorang diri dan mencari menu mudah untuk bersahur, jom MyResipi kongsikan resipi nasi goreng kampung versi ekspres.
Resipi nasi goreng ini bukan sahaja cepat dan mudah disediakan, tetapi juga sedap dan mengenyangkan. Ia juga sesuai dimasak jika terlambat bangun untuk sahur.
Baca juga: Nasi Goreng Butter Telur, Resipi Terlajak Sedap Tapi Cepat Dimasak!
RESIPI NASI GORENG KAMPUNG EKSPRES

Bahan-bahan:
- 1 mangkuk nasi sejuk
- 1 sudu besar sambal belacan
- 1 biji telur
- 1 ulas bawang putih (cincang)
- 1 genggam ikan bilis goreng (goreng & toskan)
- Sedikit minyak
- Sedikit garam
- Bawang goreng (hiasan)
Cara memasak:
- Mula-mula, cincang bawang putih dan ketepikan seketika.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Guna minyak yang sama, tumis bawang putih yang dicincang tadi.
- Selepas bawang putih sudah sedikit keperangan, masukkan pula sambal belacan. Tambah sedikit air dan gaul sebati.
- Kemudian, pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau supaya telur menjadi seperti scramble egg.
- Selepas itu, masukkan nasi putih dan gaul sehingga semua bahan bercampur rata.
- Hidangkan nasi dalam pinggan dan taburkan bawang goreng sebagai hiasan.
- Nasi goreng kampung ekspres sedia untuk dihidangkan.
Video penuh:
@myresipi Resipi Campak Campak Sahur 1 | Nasi Goreng Kampung Ekspress Bahan-bahan: 1 mangkuk nasi sejuk 1 sudu besar sambal belacan 1 biji telur 1 ulas bawang putih (cincang) 1 genggam ikan bilis goreng (goreng & toskan) Sedikit minyak Sedikit garam Bawang goreng (hiasan) #MyResipi #ResipiCampakCampak #IndahkanMemori #Ramadan2025 #nasigoreng #resepisimple #resepimudah #masukberanda #fypシ゚
Selamat mencuba!
Sumber asli: MyResipi
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Pattaya Ala Thai, Ini Tip Senang Bungkus Telur
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














