ikan sembilang masak cuka

Pernah cuba Ikan Sembilang Masak Cuka? Selalunya hidangan ini menggunakan ikan air masin iaitu tenggiri dan kembong. Kita cuba kelainan sikit. Sedap juga tau!

Selain penyediaannya yang ringkas, lauk ini juga sesuai untuk dijadikan menu bawa bekal ke sekolah dan tempat kerja. Memang jimat sangat macam Menu Rahmah. Nak lagi senang, masak siap-siap waktu malam kemudian esoknya tinggal panaskan saja.

Lauk ini boleh dimasak pedas, lebih asam dan berkuah ikut selera masing-masing. Kalau tak mahu pedas pun tak apa, boleh masukkan cili besar supaya ada warna sikit dalam hidangan.

Baca juga: Asam Pedas Ikan Sembilang, Kuah Pekat Dan Merah Menawan Dibuatnya

Resipi ikan sembilang masak cuka ini telah dikongsikan sendiri oleh Azizah Salleh menerusi laman Facebook. Postingnya itu mendapat perhatian netizen sebanyak 907 tanda suka dan 406 perkongsiaan.

RESIPI IKAN SEMBILANG MASAK CUKA

Korang yang duduk bujang jangan malas sangat nak masak. Lagi-lagi orang perempuan, kalau tak reti masak susahlah laki nak makan nanti. Apa tunggu lagi, meh tengok satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni.

Bahan-bahan:

2-3 ekor ikan sembilang – dipotong kecil
20 batang serai – dihiris nipis
2-4 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih 
4 cm halia – dimayang
2 paket halba campur
7 batang cili api – boleh adjust ikut selera masing-masing
1 1/2 cawan cuka makan
1 cawan air
2 batang cili merah/hijau – optional

Cara memasak:

1. Panaskan minyak secukupnya, goreng dahulu ikan sembilang yang sudah dilumurkan dengan kunyit. Dah habis goreng semua, ketepikan.

2. Guna minyak yang sama, tumis ke semua bawang dan cili api.

3. Bila bahan menumis dah wangi, masukkan pula halba campur. 

4. Seterusnya masukkan cuka makan. Jika kurang masam, baru masukkan cuka makan lagi.

5. Masukkan pula air dan cili besar. Boleh adjust jika suka kuah banyak.

6. Masukkan ikan sembilang yang sudah siap digoreng nanti.

7. Siap untuk dihidang!

Memang lengkap lauk ini dengan rasa manis, masam,masin dan pedasnya. Nak pula cuaca sejuk-sejuk nyaman ini, memang lagi padu makan dengan nasi panas.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN