Anak-anak demam dan batuk berkahak? Boleh cuba buatkan Sup Ayam Singo Pear untuk melegakan si manja yang sedang sakit.
Untuk pengetahuan anda, Singo pear ini berasal dari China dan termasuk dalam keluarga Rosaceae dan merupakan kerabat dari buah pir yang lebih umum. Bahagian dalamnya berwarna putih dan memiliki isi yang lembut, manis, dan segar.
Baca juga: Sup Ikan Merah Paling SEDAP Dan Ringkas, Ikan Pun Tak Hancur Guna Resipi Ini
Memandangkan cuaca sekarang yang tidak menentu, memang ramai bayi dan kanak-kanak yang akan mengalami masalah demam, selesema dan batuk berkahak. Jadi, sup singo pear dikatakan mampu memulihkan kesihatan si manja.
Mari kita cuba resipi ringkas yang disediakan oleh Cik Puan Fazrin Shukri ini di laman Facebook beliau. Bukan hanya baik untuk redakan kahak anak bahkan ia juga bagus untuk bayi yang mengalami masalah sembelit.
RESIPI SUP AYAM SINGO PEAR
Bahan-bahan:
- Buah Singo Pear
- Bawang merah
- Bawang putih
- Rempah tumis
- Isi ayam
Cara-cara penyediaan:
1. Potong je bawang-bawang tu. Kalau nak tambah red date pun boleh.
2. Reneh sampai lembut. Letak kaki ayam lagi bagus, kaki ayam organik ada kat rumah, tapi lupa nak defrost tadi.
3. Pakai ayam bahagian tulang. Sedap, manis-manis rasa dia. Sedia untuk dihidang.
Antara kebaikan Buah Singo Pear
- Pottasium
- Vitamin C
- Vitamin K
- Copper
- Folate
- Magnesium
Ada juga beberapa cara lain untuk menikmati buah singo pear ini. Sesetengah orang suka menikmatinya terus kerana tekstur dan kesegarannya.
Selain itu, anda juga boleh menambahkannya ke dalam salad buah, jus, atau menjadikannya hidangan penutup yang sedap. Sesetengah orang juga menyajikannya secara dikukus atau direbus menjadi sup macam resipi di atas.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Sup Ayam Tumis Darat 15 Minit Siap! Cara Paling SIMPLE Dan Senang Buat