Anak-anak suka sangat makan sosej. Sebelum ni asyik beli je kan? Kali ini apa kata jom buat sendiri sosej homemade untuk mereka.

Tak perlu risau dah kalau anak-anak nak makan hari-hari sebab kalau buat sendiri sosej, dijamin lebih sihat dan selamat dari bahan pengawet yang merbahaya.

Lihat cara-cara membuat sosej di bawah. Senang sangat! Buat banyak terus, simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak makan, defrost sekejap dan dah boleh goreng. Selamat mencuba!

Cara Buat Sosej Homemade

Bahan-bahan:

  • 400gm isi ayam*
  • 1/2 bawang besar*
  • 1 biji cili kering*
  • [email protected] biji cili api* (Nak pedas lebihkan)
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 sudu pati [email protected]/4 kiub ayam
  • 2 biji telur gred C
  • Garam secukup rasa
  • [email protected] biji lada hitam (nak pedas boleh lebihkan)
  • 4 sudu besar tepung ubi
  • Sawi (terpulang nak letak atau tak)
  • Carrot (terpulang nak letak atau tak)
  • Plastik ais krim

Cara-cara:

1. Blend isi ayam dan semua bertanda (*).

2. Campur semua bahan² dan gaul sebati.

3. Piping adunan kedalam plastik aiskrim. Ikat kedua2 hujung plastik aiskrim, ketat dan kemaskan.

sosej homemade

4. Kukus Selama [email protected] minit dengan api sederhana besar. Tapi kalau rasa adunan masih lembik, tambahkan masa mengukus.

5. Sejukkan sosej, potong hujung plastik dan keluarkan sosej.

6. Panggang sehingga warna keemasan dengan api. Letak sedikit minyak untuk elakkan sosej melekat.

sosej homemade

Kredit: Izatul Shiela II