shakshuka kacang panggang

Jom buat Shakshuka Kacang Panggang untuk menu bersahur. Memang sedap dicicah bersama roti bakar. 15 minit je tempoh nak memasak tu.

Resipi ini mudah je sebab ia menggunakan bahan-bahan seperti kacang panggang, pes tomato chunky dan telur mata. Memang mudah dan ringkas. 

Baca juga: Shakshuka, Makanan Popular Timur Tengah, Sedap Nikmati Bersama Roti @ Pasta 

Anak-anak mesti suka makan lauk sahur macam ini. Kenyang dan tahan lama perut tu sampai berbuka nanti. 

Resipi shakshuka kacang panggang ini telah dikongsikan sendiri oleh Dapur Anok Pokmat menerusi laman Facebook dan tengok gambar sahaja pun dah bikin terliur. Jom tengok cara-caranya. 


RESIPI SHAKSHUKA KACANG PANGGANG

shakshuka kacang panggang

Bahan-bahan :

  • 1 tin Kacang Panggang (425gm)
  • 1 biji Tomato | didadukan
  • 1 labu Bawang Holland | didadukan
  • 200gm Daging Cincang
  • 1 sudu kecil Biji Jintan Putih
  • 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
  • 2 sudu kecil Serbuk Ketumbar
  • 2 sudu kecil Serbuk Cili
  • 1/2 cawan Air
  • 1 sudu kecil Rasa Sifu
  • 6 biji Telor
  • 2 sudu besar Minyak
  • Sedikit Lada Putih Aji-Shio
  • Secubit Garam

Cara-cara memasak: 

1. Panaskan minyak dan tumis bawang, biji jintan sehingga wangi
2. Masukkan daging dan kacau hingga pucat warnanya . Tambahkan tomato , serbuk jintan, lada putih, ketumbar dan serbuk cili.
3. Masukkan air , perlahankan api , tutup dan masak sehingga tomato hancur
4. Masukkan kacang pangggang , rasa sifu serta sedikit garam (jika perlu). Masak lagi sehingga sedikit kering
5. Buatkan sedikit lubang dan tuang telor satu persatu . Tutup dan masak sehingga telor separuh masak . Matikan api
6. Hidangkan Shakshuka dengan roti bakar.


Dah siap! Makan panas-panas memang sedap tau. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Bubur Kacang Hijau Orang Kawin, Letak Durian Bertambah Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN