potongan bawang

Pernah tak anda terfikir, kenapa ya setiap hidangan memerlukan potongan bawang yang berbeza? Masak sambal potongannya lain, masak sup pula lain.

Macam mana nak tahu beza potongan bawang ni bila mak mertua sebut? Mujur ada perkongsian daripada Faeez Harith tentang jenis potongan bawang yang kita wajib tahu!

Perkongsian beliau tentang pemotongan bawang ini dikongsi di Twitter dan menjadi tular untuk rujukan orang ramai.

Baca juga: Ini 11 Jenis Gula Yang Korang Kena Tahu & Cara Kegunaannya

Katanya sesetengah potongan tidak sesuai untuk sesetengah resipi. Jadi, dia telah menerangkan 16 jenis potongan bawang yang betul mengikut jenis hidangan.


9 JENIS POTONGAN BAWANG MERAH

1. Potong – Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.

2. Gegelung – Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki. Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.

3. Mayang – Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.

4. Belah – Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.

5. Baji – Juga disebut ‘wedges’ dalam bahasa Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dan sebagainya. Juga untuk kebab.

6. Hiris – Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Untuk ditumis atau dibuat ulam/rencah sambal/budu/cencaluk dan sebagainya.

7. Dadu – Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.

8. Dadu kecil / cincang kasar – Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.

9. Cincang – Untuk perapan, tumisan dan sebagainya.

Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resepi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak. Jadi kena teliti resepinya sebelum mula memotong.

Kalau kisar bawang, seboleh-bolehnya jangan tambah air kalau nak simpan bawang tu atau masak resepi yang tak terlalu berkuah.

Letak minyak masak je sikit. Nanti tumis pun tak perlu pakai minyak banyak dah. Bawang pun boleh simpan lama dalam sebulan dua.


9 JENIS POTONGAN BAWANG PUTIH

Bawang putih ada beza juga ke cara potong? Ada tapi tak ketara sangat pun dan kebanyakan masa tak payah susah hati sangat.

Cuma kena ingat bawang putih lagi cepat hangit, kena jaga-jaga. Pertama kena kenal dulu banyak mana bawang putih nak diguna.

Ini dipanggil satu labu/selabu. Dalam satu labu ada 1-15 ulas bawang putih, tengok keadaan. Dalam B.Inggeris kita panggil ni ‘bulb’.’

1. Ulas – Bahagian dari selabu. Dalam B.I kita sebut ‘cloves’

2. Ketuk – Yang ini paling senang, hampir semua masakan boleh guna gaya ni.

3. Mayang – Potongan melintang. Biasa untuk buat bawang putih goreng untuk hiasan atau masakan tumis.

4. Hiris – Lebih kurang je dengan mayang, cuma dia menegak.

5. Racik kasar/mancis – Ini biasa untuk buat sos, masak stim/kukus, goreng, dan lain-lain.

6. Racik halus – Pun tak jauh beza dengan racik kasar. Tak banyak resepi pun guna potongan ni.

7. Dadu – Untuk sos, tumis, nasi goreng dan lain-lain.

8. Cincang – Untuk sos, tumis dan lain-lain.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN