roti

Bajet nak buat roti hanya RM5, dan boleh dapat 9 ban roti sekaligus. Jimat tak jimat?

Baca perkongsian resipi oleh Azlina Ina di bawah ini.

Bahan-bahan membuat pelembut doh:

1. Tepung gandum – 2 sudu besar
2. Secawan air

Cara-cara membuat doh:

1. Campurkan kedua-dua bahan sehingga rata dan tapis.
2. Kemudian, masak sehingga menjadi likat dan siap.

Baca juga: Cara Buat Roti Diet Homemade Hanya 70 Kcal Sekeping, Mudah Dibuat, Lembut & Sedap

Bahan-bahan membuat yis:

1. Yis
2. 1/2 cawan air suam
3. 2 sudu besar gula

Cara-cara membuat yis:

1. Tuangkan air suam ke dalam yis.
2. Kemudian, masukkan gula dan tutup kesemua bahan yang telah dicampur selama 10-15 minit.

Bahan-bahan adunan roti:

1. 1kg tepung
2. Sebiji telur
3. 3 sudu besar majerin atau butter
4. 3 sudu besar pelembut doh
5. Sedikit garam halus
6. 4 sudu besar susu tepung (jika suka)
7. 1/2 sudu besar baking powder (jika tiada tidak mengapa)
8. 5 sudu besar gula

Cara-cara membuat adunan roti:

1. Gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Kemudian, masukkan 1/2 cawan yis yang berbuih tadi.
3. Selepas itu, uli sikit-sikit.
4. Masukkan air sejuk ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan uli sehingga rasa doh lembik sedikit.

5. Tabur sedikit tepung untuk memastikan adunan tidak melekit di tangan.
6. Uli doh sehingga doh licin dalam 10 minit.
7. Selepas itu, tutup adunan doh tu dengan tuala lembab untuk membuatkan ia kembang.

8. kemudian, tumbuk dok tadi untuk buang angin dalam doh.
9. Uli dan letakkan minyak pada tangan dan bekas untuk senang bentukkan doh.
10. Letakkan doh dalam bekas untuk dimasukkan dalam oven dan panaskan oven 100 darjah selama 30 minit.
11. Pastikan doh sudah kembang betul sebelum masukkan ke dalam oven.

12. Kemudian, sapukan majerin atau butter pada bahagian atas doh dan bakar dalam oven suhu 150 darjah selama 45 minit api atas bawah, bergantung jenis oven anda.
13. Jika roti sudah berwarna perang, maka ia sudh masak dan sapukan majerin atau butter untuk kilatkan ia dan siap.

Selamat mencuba!


Sumber: Azlina Ina 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN