Sambal kelapa atau sambal nasi impit antara makanan Kelantan yang disukai ramai. Jika dalam loghat Kelantan, ia dipanggil dengan nama ‘sambal nyor nasi kapit’.
Sesuai dengan namanya, sambal kelapa ini biasanya dimakan dengan nasi impit. Memang sangat sedap! Ia boleh dimakan berulang kali tanpa rasa jemu.
Jika ada yang teringin mahu merasainya, anda boleh cuba buat sendiri menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Puan Suhada Azid di bawah.
Baca juga: 7 Petua Nasi Impit Tahan Lama & Tak Cepat Berair, 3-4 Hari Pun Masih Elok!
RESIPI SAMBAL KELAPA NASI IMPIT
Bahan-bahan:
- 4 ekor ikan selayang@kembong
- 1 biji kelapa parut – goreng tanpa minyak sehingga kekuningan dan tumbuk
Bahan tumbuk:
- 3 biji bawang merah
- 1/4 inci halia
- 2 batang serai – dihiris nipis
- 1 keping gula melaka – tumbuk
- 1/2 sudu gula
- 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara:
1. Rebus ikan dengan 3 keping asam keping dan 1 sudu garam dengan air separas ikan. (Panggang pun boleh)
2. Asingkan isi dan tulang. Kemudian goreng isi ikan tanpa minyak hingga kering air supaya tidak berbau hanyir.
3. Tumbuk kelapa sangai bersama dengan gula melaka. Ketepikan.
4.Tumbuk pula bawang merah, halia dan serai.
5. Gaul semua bahan tumbuk bersama ikan dan kelapa parut yang sudah digoreng dan ditumbuk dan gula melaka tadi.
6. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa ikut selera masing-masing.
7. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi dan gambar: Suhada Azid
Baca juga: Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Hasil Sama Macam Rebus 3 Jam