simpan kelapa parut

Setiap kali beli kelapa parut, ada banyak lebih sebab tak guna semua waktu masak. Bila simpan dalam peti selalu cepat rosak. Sebab itu kena tahu cara simpan kelapa parut dengan betul supaya tahan lama.

Jom baca bagaimana cara supaya kelapa parut tahan lama di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Ani Zam. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Petua Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama & Tidak Cepat Masam

Cara Simpan Kelapa Parut Agar Tahan Lama

1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan.

2. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.

3. Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik.

4. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku. Kukus semula bila hendak menggunakannya.

Boleh tahan sehingga 2 @ 3 bulan kelapa parut tersebut. Untuk mendapatkan santan yang pekat, blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut utk mendapatkan santan yang pekat.

Kredit: Ani Zam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN