petua rebus nasi impit

Ibu-ibu nak tahu tak petua rebus nasi impit jimat gas dan juga elektrik? Walaupun tiada pressure cooker di rumah, namun anda tetap boleh rebus nasi impit dengan mudah dan cepat.

Ramai yang memilih menggunakan pressure cooker kerana maklumlah, biasanya jika rebus nasi impit atas dapur agak memakan masa yang lama.

Rupanya ada tips dan teknik nak rebus nasi impit supaya jimat gas yang telah dikongsikan oleh Puan Yuhafiqah Mohd Yunus. Semoga perkongsian di bawah berguna untuk anda semua.

Baca juga: Ikut Saja Langkah Demi Langkah Resipi Rendang Ini, ‘Confirm’ Jadi!

PETUA REBUS NASI IMPIT JIMAT GAS & ELEKTRIK

1. Rebus air sampai mendidih, kemudian masukkan nasi impit.

2. Masak selama 10 minit, kemudian tutup api.

3. Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup. Biarkan terendam selama 30 minit.

4. Selepas 30 minit, buka semula api selama 5 ke 10 minit mengikut keadaan nasi impit itu.

Petua ni tidak sesuai untuk orang yang ada pressure cooker ya. Saya buat macam ni sebab tak ada pressure cooker. Jika masak dalam kuantiti yang banyak, pastikan guna periuk besar serta kuantiti air yang cukup dan betul-betul mendidih.

Sumber: Yuhafiqah Mohd Yunus

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN