gula melaka

Gula palma atau di sesetengah tempat dikenali sebagai gula ‘nise’, gula merah ataupun gula melaka mempunyai khasiat yang lebih baik daripada gula pasir putih.

Gula ini sering digunakan untuk membuat onde-onde, sagu gula melaka dan pelbagai makanan lain. Berbanding gula putih, gula melaka dapat memberi rasa yang lebih manis lemak dalam masakan.

Namun begitu, gula ini akan mudah cair dan cepat berkulat jika tidak disimpan dengan betul. Bukankah membazir jika dibuang begitu sahaja? Oleh itu, mari MyResipi kongsikan 6 cara untuk menyimpan gula merah ini dengan betul.

Baca juga: Cara Simpan Lemon Supaya Tahan Lama, Berbulan-Bulan Pun Kekal ‘Fresh’!

CARA SIMPAN GULA MELAKA AGAR TAK MUDAH CAIR & BERKULAT

1. Simpan dalam balang kaca

Balang kaca biasanya lebih kedap udara berbanding beias plastik. Balang kaca ini boleh dijadikan bekas yang sesuai untuk menyimpan gula merah supaya tidak mudah cair dan berkulat.

2. Simpan dalam plastik ziplock.

Selain dari balang kaca, plastik ziplock juga boleh digunakan untuk menyimpan gula kerana ia kedap udara. Pilih plastik ziplock berkualiti tinggi dan paling tebal.

3. Jauhkan gula melaka dari cahaya matahari

Jika gula terkena cahaya matahari, ia mudah cair. Oleh sebab itu, elakkan menyimpan gula melaka di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari. Pastikan juga ia tidak diletakkan berhampiran sumber haba seperti dapur atau ketuhar.

4. Jangan simpan gula melaka dalam peti ais

Sebaiknya jangan simpan gula merah di dalam peti sejuk kerana ia mudah menjadi lembap. Jika gula lembap, terdapat risiko bakteria akan muncul dan menyebabkan gula tidak bertahan lama.

5. Jangan guna alatan basah 

Apabila anda ingin mengambil atau memotong gula merah, pastikan sudu dan pisau yang digunakan kering. Jika terkena air, gula akan menjadi lembap dan mudah berkulat.

6. Gunakan bunga cengkih

Sama seperti gula putih, gula merah juga mempunyai rasa manis yang boleh menarik kehadiran semut. Oleh itu, ambil beberapa biji bunga cengkih untuk melindunginya daripada semut.

Sumber: Briliofood

Baca juga: Tips Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama, Berminggu Pun Tak Rosak & Masam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN