Sakit jantung sering membuatkan ramai lebih berhati-hati dalam memilih makanan dan minuman harian. Antara persoalan yang paling kerap ditanya ialah sama ada pesakit masih boleh menikmati kopi tanpa memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Sebenarnya, menurut seorang doktor pakar jantung, kopi bukanlah perkara utama yang perlu dirisaukan. Sebaliknya, cara penyediaan kopi dan bahan tambahan yang digunakan lebih memainkan peranan terhadap kesihatan.
Baca juga: Isu Video Budu Tong Hitam, Doktor Jelaskan Lapisan Putih Bukan Kulat Tapi Sebenarnya..
@dronnakbarali Ramai orang tanya akau, lepas sakit jantung boleh ke saya minum kopi lagi doktor ?. Siapa sini suka minum kopi kosong cuba komen. #drOnn #Kpjkajang #Kopikosong #sakitjantung #minumkopi ♬ original sound – DR ONN AKBAR ALI
Menurut Pakar Jantung Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr Onn Akbar Ali, kebanyakan pesakit jantung masih boleh menikmati 1 hingga 3 cawan kopi sehari secara sederhana.
Beliau menjelaskan, kopi itu sendiri bukan punca utama yang memburukkan keadaan jantung. Namun, setiap individu mempunyai tahap toleransi yang berbeza terhadap kafein, jadi pengambilan perlu disesuaikan dengan keadaan kesihatan masing-masing.
Apa yang lebih membimbangkan ialah bahan tambahan yang sering dimasukkan ke dalam kopi seperti:
Bahan-bahan ini boleh meningkatkan kandungan gula dan kalori, sekali gus menambah risiko obesiti, diabetes serta masalah kesihatan lain yang boleh memberi kesan kepada jantung.
Sesetengah individu lebih sensitif terhadap kafein dan mungkin mengalami:
Jika simptom ini berlaku setiap kali minum kopi, doktor menyarankan supaya mengurangkan pengambilan atau memilih kopi tanpa kafein (decaf).
Jika jantung berdebar disertai simptom berikut, dapatkan pemeriksaan segera:
Kesimpulannya, pesakit sakit jantung tidak semestinya perlu berhenti minum kopi. Apa yang lebih penting ialah menikmati kopi secara sederhana, mengelakkan gula dan bahan tambahan berlebihan serta mendapatkan nasihat doktor jika anda mengalami simptom selepas mengambil minuman berkafein.
Semoga bermanfaat!
Sumber: dronnakbarali
Baca juga: Wanita TTC Diminta Elak Diet OMAD, Pakar Dedah Risiko Hormon Tak Stabil & Ovulasi Terganggu
Sakit jantung sering membuatkan ramai lebih berhati-hati dalam memilih makanan dan minuman harian. Antara persoalan yang paling kerap ditanya ialah sama ada pesakit masih boleh menikmati kopi tanpa memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Sebenarnya, menurut seorang doktor pakar jantung, kopi bukanlah perkara utama yang perlu dirisaukan. Sebaliknya, cara penyediaan kopi dan bahan tambahan yang digunakan lebih memainkan peranan terhadap kesihatan.
Baca juga: Isu Video Budu Tong Hitam, Doktor Jelaskan Lapisan Putih Bukan Kulat Tapi Sebenarnya..
Menurut Pakar Jantung Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr Onn Akbar Ali, kebanyakan pesakit jantung masih boleh menikmati 1 hingga 3 cawan kopi sehari secara sederhana.
Beliau menjelaskan, kopi itu sendiri bukan punca utama yang memburukkan keadaan jantung. Namun, setiap individu mempunyai tahap toleransi yang berbeza terhadap kafein, jadi pengambilan perlu disesuaikan dengan keadaan kesihatan masing-masing.
Apa yang lebih membimbangkan ialah bahan tambahan yang sering dimasukkan ke dalam kopi seperti:
Bahan-bahan ini boleh meningkatkan kandungan gula dan kalori, sekali gus menambah risiko obesiti, diabetes serta masalah kesihatan lain yang boleh memberi kesan kepada jantung.
Sesetengah individu lebih sensitif terhadap kafein dan mungkin mengalami:
Jika simptom ini berlaku setiap kali minum kopi, doktor menyarankan supaya mengurangkan pengambilan atau memilih kopi tanpa kafein (decaf).
Jika jantung berdebar disertai simptom berikut, dapatkan pemeriksaan segera:
Kesimpulannya, pesakit sakit jantung tidak semestinya perlu berhenti minum kopi. Apa yang lebih penting ialah menikmati kopi secara sederhana, mengelakkan gula dan bahan tambahan berlebihan serta mendapatkan nasihat doktor jika anda mengalami simptom selepas mengambil minuman berkafein.
Semoga bermanfaat!
Sumber: dronnakbarali
Baca juga: Wanita TTC Diminta Elak Diet OMAD, Pakar Dedah Risiko Hormon Tak Stabil & Ovulasi Terganggu
Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…
Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…
Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…
Resipi gulai pisang tumis darat merupakan antara hidangan tradisional yang mungkin jarang ditemui, tetapi mempunyai…
Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…
Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…