Categories: Resipi

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung ini? Gabungan rasa masam daripada mangga, pedas cili padi serta rangup ikan bilis dan kacang tanah memang cukup menyelerakan.

Hidangan ini antara kerabu yang sedap dimakan begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila teringin sesuatu yang segar dan mempunyai rasa masam pedas. Tak perlu banyak bahan yang rumit, semuanya mudah didapati dan cara penyediaannya juga tidak mengambil masa lama.

Lebih menarik, kerabu mangga ini boleh dijadikan lauk sampingan untuk makan tengah hari atau malam. Makan bersama ikan goreng dan nasi panas memang kena dengan selera. Kalau suka makan kerabu sampai berulang kali menambah, bolehlah cuba resipi perkongsian ini!

Baca juga: Resipi Kerabu Kaki Ayam Yang Cukup Rasa Pedas, Masam & Manis, Ratah Saja Pun Dah Nikmat!

RESEPI KERABU MANGGA ALA KAMPUNG

Bahan-bahan:

  • 2 biji mangga muda (disagat memanjang)
  • 1 batang lobak merah (disagat memanjang)
  • 5–6 batang kacang panjang (dihiris kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 3–5 biji cili padi (dihiris mengikut tahap kepedasan)
  • 1 genggam ikan bilis (digoreng dan ditumbuk kasar)
  • 3 sudu besar kacang tanah (digoreng dan ditumbuk kasar)
  • Sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1–2 sudu besar jus limau kasturi
  • 1 sudu besar sos ikan (jika suka)
  • Gula, garam dan perasa secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, masukkan mangga muda, lobak merah, kacang panjang dan bawang besar ke dalam mangkuk besar.
  2. Kemudian, masukkan cili padi yang telah dihiris, ikan bilis tumbuk dan kacang tanah. Gaulkan sedikit supaya bahan bercampur rata.
  3. Tambahkan jus limau kasturi, sos ikan, gula, garam dan perasa secukupnya.
  4. Gaul semua bahan sehingga sebati dan pastikan rasa masam, manis serta pedasnya seimbang mengikut selera.
  5. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar dan gaul sekali lagi sebelum dihidangkan.

Tip: Untuk rasa yang lebih sebati, biarkan kerabu selama 5–10 minit sebelum dimakan supaya perisanya meresap ke dalam bahan-bahan. Namun, jika suka tekstur yang lebih rangup, sebaik-baiknya gaul kerabu sejurus sebelum dihidangkan.

Kerabu mangga ini sedap dinikmati begitu sahaja atau dijadikan lauk sampingan bersama ikan goreng dan nasi putih panas. Memang susah hendak berhenti mengunyah apabila sudah mula makan!

Sumber: dapoo_kak_la

Baca juga: Cara Buat Kerabu Laksa Thai, Rasa Masam Manis Pedas Buat Nak Menambah Berkali-Kali!

Wan N

Recent Posts

Resipi Gulai Pisang Tumis Darat Cara Orang Lama, Rasa Klasik Yang Menu Moden Tak Boleh Lawan!

Resipi gulai pisang tumis darat merupakan antara hidangan tradisional yang mungkin jarang ditemui, tetapi mempunyai…

17 minutes ago

Sekali Buat Terus Dapat Apam Susu Gebu, Resipi Mudah Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak!

Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…

1 hour ago

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

3 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

3 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

3 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

3 days ago