
Kalau anda mencari pencuci mulut yang mudah dibuat di rumah, resipi ini memang pilihan terbaik. Versi ini juga dikenali sebagai puding karamel tanpa telur kerana ia menggabungkan tekstur puding lembut dengan lapisan karamel manis yang turun sendiri ke dasar selepas disimpan dalam peti sejuk.
Resipi ini dikongsi oleh Noorma Musa di Facebook dan sesuai sangat untuk bekal anak sekolah, jamuan kecil atau jualan kerana hasilnya banyak dan kosnya rendah.
Baca juga: Resipi Puding Ikan Koi Dan Itik Untuk Jamuan Sekolah Anak, Nampak Comel Sangat!
RESIPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR VERSI CUP MUDAH JIMAT

Resipi Puding Karamel Tanpa Telur menggunakan bahan asas yang mudah didapati, tanpa penggunaan telur tetapi tetap menghasilkan tekstur yang licin dan berkrim.
Bahan-bahan puding:
- 20g serbuk agar-agar
- 1 tin susu pekat (boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis)
- 4 tin susu cair
- 7 tin air
- 4 sudu besar tepung kastard
- Secubit garam
Bahan-bahan air karamel:
- 2 cawan gula
- 1 cawan air panas
Cara-cara penyediaan:
1. Masak adunan puding
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau hingga sebati dan masak sehingga mendidih. Kemudian tapis untuk memastikan tekstur lebih halus.
2. Tuang ke dalam bekas
Tuangkan adunan ke dalam bekas kecil (4 oz). Biarkan sehingga puding mengeras sepenuhnya pada suhu bilik.
3. Sediakan karamel
Masak gula sehingga menjadi karamel atau gula hangus. Tambahkan air panas secara berhati-hati dan kacau hingga larut sepenuhnya.
4. Tuang dan sejukkan
Tuangkan air karamel di atas puding yang telah keras. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya beberapa jam sebelum dihidangkan.
Tips penting untuk hasil cantik
- Tambah sedikit pewarna kuning jika mahu puding nampak lebih “golden” dan menarik
- Karamel akan turun sendiri ke bawah selepas beberapa jam dalam peti sejuk
- Lagi sedap bila dimakan sejuk-sejuk
Resipi ini boleh menghasilkan sehingga 60 bekas kecil 4 oz sekali masak. Memang sesuai untuk anda yang nak berjimat atau buat jualan kecil-kecilan kerana kosnya rendah tetapi hasilnya banyak.
Puding karamel tanpa telur adalah pencuci mulut ringkas yang tak perlukan teknik rumit. Hanya guna bahan asas, anda boleh hasilkan dessert lembut, manis berlemak dan nampak menarik dalam setiap cup.
Selamat mencuba!
Sumber: Noorma Musa
Baca juga: Resepi Puding Tutti Frutti Cantik Manis, Sekali Buat Dapat Dalam 35 Bekas!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














