Categories: Resipi

Nasi Daging Ala Kenduri Di Kedah, Masak Dalam Rice Cooker Sahaja Tapi Daging Lembut Yakmat!

Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang dimasak bersama air rebusan daging ini mempunyai aroma rempah yang harum serta rasa yang lebih kaya.

Bagi yang ingin mencuba cara buat nasi daging di rumah, resipi ini boleh dijadikan pilihan. Menariknya, nasi daging ini dimasak menggunakan rice cooker, jadi tak perlu bersusah payah menggunakan periuk nasi khas.

Gabungan minyak sapi, susu cair, rempah kurma dan rempah sup menjadikan nasi lebih beraroma. Daging yang direbus sehingga empuk pula memberikan rasa yang sebati pada nasi. Lebih lengkap jika dinikmati bersama sup ekor dan air asam kerisik sebagai pelengkap hidangan!

Baca juga: Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

CARA BUAT NASI DAGING SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras basmati atau beras biasa
  • 400–500g daging lembu
  • 4 cawan air rebusan daging (ikut jenis beras)
  • ½ cawan susu cair
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar rempah sup
  • Garam secukup rasa

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara penyediaan:

  1. Rebus daging bersama sedikit halia dan garam sehingga empuk. Angkat daging dan simpan air rebusannya untuk memasak nasi.
  2. Basuh beras dan rendam selama 20–30 minit jika menggunakan beras basmati.
  3. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau.
  4. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga harum serta sedikit keperangan.
  5. Masukkan rempah kurma dan rempah sup bersama sedikit air. Kacau dan tumis sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan daging yang telah direbus. Gaul sehingga daging bersalut rata dengan bahan tumisan.
  7. Tuangkan air rebusan daging dan susu cair. Masukkan daun pandan serta garam secukup rasa.
  8. Biarkan kuah mendidih seketika sebelum ditutup api.
  9. Masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam rice cooker. Tuangkan bahan tumisan bersama daging dan kuah tadi.
  10. Masak menggunakan fungsi memasak nasi sehingga masak. Setelah siap, gemburkan nasi perlahan-lahan sebelum dihidangkan.

Tip: Kalau nak nasi lebih beraroma seperti nasi daging kenduri Kedah, gunakan minyak sapi dan air rebusan daging yang cukup pekat.

Sumber: Threads @irra.izzurin

Baca juga: Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Izzati

Recent Posts

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

1 hour ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

2 hours ago

Resipi Gulai Pisang Tumis Darat Cara Orang Lama, Rasa Klasik Yang Menu Moden Tak Boleh Lawan!

Resipi gulai pisang tumis darat merupakan antara hidangan tradisional yang mungkin jarang ditemui, tetapi mempunyai…

2 hours ago

Sekali Buat Terus Dapat Apam Susu Gebu, Resipi Mudah Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak!

Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…

3 hours ago

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

3 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

3 days ago