Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan yang pekat serta sambal jantan yang pedas menyengat. Dimakan pula bersama ulam-ulaman segar, memang cukup menyelerakan!
Bagi yang teringin menikmati hidangan tradisional Pantai Timur ini, boleh cuba resepi laksam Kelantan original yang dikongsikan oleh Yusma Mustafa di Facebook. Resipi ini lengkap daripada cara membuat laksam sendiri, menyediakan kuah lemak ikan, sambal jantan hinggalah pilihan ulam-ulaman sebagai pelengkap.
Baca juga: Resepi Asam Laksa Sardin, Cara Paling Mudah Bila Mengidam Kuah Laksa Yang Masam Pedas
Untuk menyediakan hidangan ini, ada empat bahagian yang perlu disediakan iaitu laksam, kuah lemak, sambal jantan dan ulam-ulaman. Jom lihat bahan-bahan serta cara penyediaannya.
1. Resipi Laksam
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan tepung gandum, tepung beras, air suam dan garam ke dalam sebuah bekas.
2. Kacau semua bahan sehingga sebati dan tidak berketul.
3. Panaskan pengukus menggunakan api besar sehingga air betul-betul mendidih.
4. Sapu sedikit minyak pada loyang bersaiz 9 inci supaya adunan tidak melekat.
5. Tuangkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan.
6. Kukus selama 2 hingga 3 minit atau sehingga adunan naik gelembung.
7. Angkat loyang dan biarkan sejuk seketika.
8. Gulung laksam secara perlahan-lahan.
Dengan sukatan ini, boleh menghasilkan lebih kurang 10 batang laksam menggunakan loyang bersaiz 9 inci.
2. Resipi Kuah Lemak Laksam Kelantan
Kuah lemak ikan menjadi antara tarikan utama hidangan ini. Gabungan isi ikan selayang, santan, bawang merah dan lada hitam menghasilkan kuah yang berlemak serta cukup beraroma.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan santan ke dalam periuk.
2. Kisar isi ikan selayang bersama bawang merah dan halia menggunakan 3 cawan air sehingga halus.
3. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk berisi santan.
4. Masukkan lada hitam dan asam keping. Kacau sehingga semua bahan sebati.
5. Masak menggunakan api kecil sambil sentiasa dikacau.
6. Apabila kuah mula mendidih, masukkan garam dan gula.
7. Teruskan mengacau sehingga kuah betul-betul masak.
8. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambahkan 1 cawan air lagi mengikut kesesuaian.
9. Kacau rata dan biarkan kuah masak semula.
3. Resipi Sambal Jantan Laksam
Satu lagi pelengkap yang tidak boleh ditinggalkan ialah sambal jantan. Sambal yang menggunakan cili padi merah ini memang sesuai untuk penggemar makanan pedas.
Menariknya, bawang merah dan bawang putih dibakar terlebih dahulu sebelum dikisar bersama bahan lain. Sambal ini juga tidak perlu dikisar terlalu halus supaya teksturnya kekal.
Resipi ini menghasilkan sambal dalam kuantiti yang banyak. Jika mahu membuat sedikit sahaja, boleh kurangkan sukatan bahan.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan cili padi merah, bawang merah bakar dan bawang putih bakar ke dalam blender.
2. Masukkan gula dan garam.
3. Tuangkan cuka sehingga mencapai separuh paras cili padi di dalam blender.
4. Kisar sekejap sahaja sehingga semua bahan bercampur.
5. Elakkan daripada mengisar terlalu lama supaya sambal masih mempunyai tekstur.
4. Ulam-Ulaman Untuk Makan Bersama Laksam
Selain kuah lemak dan sambal jantan, ulam-ulaman juga memainkan peranan penting untuk melengkapkan hidangan laksam Kelantan.
Antara ulam yang boleh digunakan ialah:
Kalau suka, boleh juga tambah bunga kantan, daun kesum, daun samok atau ulam-ulaman lain mengikut citarasa masing-masing.
Untuk menikmati hidangan ini, susun laksam yang telah digulung ke dalam pinggan atau mangkuk. Kemudian, tuangkan kuah lemak ikan secukupnya.
Tambahkan ulam-ulaman yang telah dihiris dan hidangkan bersama sambal jantan mengikut tahap kepedasan yang disukai.
Gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan, sambal pedas dan ulam-ulaman segar memang cukup membuka selera.
Bagi yang menggemari masakan tradisional Kelantan, bolehlah cuba resepi laksam Kelantan original ini di rumah. Bukan sahaja sesuai untuk hidangan keluarga, malah boleh juga disediakan apabila ada tetamu datang berkunjung.
Selamat mencuba!
Sumber: Yusma Mustafa
Baca juga: Tengok Kuah Pun Dah Kecur Air Liur, Laksa Lemak Resipi Mak Saudara Ini Memang ‘Power’
Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…
Resipi gulai pisang tumis darat merupakan antara hidangan tradisional yang mungkin jarang ditemui, tetapi mempunyai…
Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…
Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…
Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…
Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…