resipi udang buttermilk

Tiada idea nak masak apa menggunakan udang? Apa kata jom cuba resipi udang buttermilk yang sedap dan mudah ini.

Senang saja cara nak buat. Memang menjadi kegemaran anak-anak! Jom lihat bahan-baan dan cara membuatnya di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Udang Buttermilk Simple & Sedap

Bahan-bahan:

  • Udang galah
  • Buttercup (lagi banyak lagi sedap)
  • Susu cair setengah tin (nak berkuah letak lebih)
  • Bawang putih 7 ulas (kisar halus)
  • Cili api (tumbuk atau kisar halus bersama bawang putih)

Cara-cara:

1. Cairkan mentega. Goreng udang sehingga agak garing. Angkat dan asingkan.

2. Guna mentega bekas udang tadi, tumis bawang putih dan cili api yang sudah dikisar halus.

resipi udang buttermilk

3. Bila dah agak garing, masukkan susu dan garam.

4. Kacau sebati. Masukkan pula udang.

resipi udang buttermilk

5. Masak sehingga pekat dan siap!

resipi udang buttermilk

Selamat mencuba!

Kredit: Fairuz Abu Hassan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN