resipi udang masak sos

Udang merupakan salah satu makanan laut yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Tapi kadangkala tiada idea nak masak apa menggunakan udang kan? Apa kata jom cuba resipi udang masak sos ini.

Cara membuatnya juga sangat ringkas dan rasanya sedap. Sekejap saja dah siap masak. Jom lihat cara-caranya di bawah.

Resipi Udang Masak Sos Ringkas & Sedap

Bahan-bahan:

  • Udang 1 kilogram (bersihkan)
  • Bawang besar 2 biji (potong bulat)
  • Cili padi 20 biji (potong serong)
  • Sos cili 1 mangkuk kecil
  • Kicap manis

Cara-cara:

1. Salutkan udang dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng udang sehingga hampir masak, angkat dan ketepikan.

2. Tumis sos cili menggunakan minyak bekas goreng udang tadi.

3. Tambahkan kicap manis dan kacau. (Kalau nak kuah banyak, hanya tambahkan sos cili dan kicap)

resipi udang masak sos

4. Masukkan bawang dan cili. Gaul sebati.

resipi udang masak sos

5. Akhir sekali masukkan udang yang digoreng tadi.

6. Gaul sebentar dan siap!

Selamat mencuba!

resipi udang masak sos

Kredit: Mazlina Haji Ismail

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN