Categories: Resipi

Resipi Sweet Potato Balls, Bila Gigit Rangup Di Luar & Lembut Kenyal Di Dalam

Kalau pernah beli sweet potato balls masa jalan-jalan di Cameron Highlands, mesti tahu jajan ini memang susah nak berhenti makan. Lagi-lagi kalau dapat yang baru digoreng, panas-panas dan teksturnya elok.

Cuma kadang-kadang nasib tak menyebelahi. Dari luar nampak cantik, sekali gigit rupanya keras dan liat. Memang boleh terus hilang mood nak makan.

Kalau teringin nak makan puas-puas, boleh cuba buat sendiri di rumah. Guna ubi keledek ungu dan kuning, hasilnya bukan saja cantik dengan warna yang berbeza, malah boleh dibuat dalam saiz kecil yang sedap dinikmati panas-panas.

Baca juga: Resipi Keria Kentang Manis Bersalut Gula, Tak Sangka Guna Ubi Jenis Ini Pun Sedap Hasilnya

RESIPI SWEET POTATO BALLS

Bahan-bahan:

  • 3-4 biji ubi keledek ungu dan kuning
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu kecil baking powder
  • Santan secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Air kapur secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas ubi keledek. Untuk mengelakkan ubi menjadi hitam ketika dikupas, rendam dalam air kapur selama kira-kira 5 minit.
  2. Kukus ubi keledek sehingga empuk.
  3. Lenyek ubi yang telah dikukus sehingga halus.
  4. Masukkan tepung ubi, tepung beras, baking powder, santan dan gula.
  5. Gaul semua bahan sehingga sebati dan boleh dibentuk menjadi doh. Masukkan santan sedikit demi sedikit supaya doh tidak terlalu lembik.
  6. Ambil sedikit doh dan uli menjadi bebola kecil. Ulang sehingga semua doh habis.
  7. Panaskan minyak dan goreng bebola ubi menggunakan api sederhana sehingga masak.
  8. Angkat dan toskan minyak. Sweet potato balls sedia untuk dinikmati.

Tip: Santan tidak perlu dimasukkan sekaligus. Tambahkan sedikit demi sedikit ketika menguli sehingga doh mencapai tekstur yang mudah dibentuk.

Sumber: Syaz Jannah

Baca juga: Resipi Cucur Ubi Kentang Goreng ‘Bulat’ Rangup, Tak Sempat Susun Cantik Atas Pinggan Dah Licin!

Wan N

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

14 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

14 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

15 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

17 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

17 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

18 hours ago