cucur ubi kentang

Pening kepala memikirkan menu sarapan pagi yang ringkas tapi sedap untuk keluarga? Apa kata pagi ini anda cuba buat menu cucur ubi kentang atau yang lebih dikenali sebagai ‘Kentang Goreng Bulat’. Menu ini bukan sahaja sangat mudah untuk disediakan, malah bahan-bahan yang digunakan pun sangat ringkas dan selalunya memang dah sedia ada dekat dapur kita.

Bagi mak-mak yang mempunyai anak ramai, menu ini memang penyelamat masa dan tenaga. Teksturnya yang sangat crispy di bahagian luar tetapi kekal lembut dan penuh rasa ubi di dalam pasti memikat selera sesiapa sahaja. Proses menyediakannya juga tidak mengambil masa yang lama, menjadikannya pilihan paling ideal untuk hidangan pagi yang pantas sebelum anak-anak mulakan aktiviti harian.

Namun, ada satu perkara yang anda kena berhati-hati tau kalau buat menu ini! Silap-silap tak sempat nak ‘plating’ cantik-cantik atas pinggan, anak-anak dah datang ‘ngap’ dulu sampai licin sebab tak sabar nak makan panas-panas. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan lengkap yang sangat mudah di bawah.

Baca juga: Cucur Kodok Pisang Ala Four Seasons Langkawi, Resipi Viral Yang Rangup & Gebu!

RESIPI CUCUR UBI KENTANG BULAT ELOK

cucur ubi kentang

Bahan-bahan:

  • 4 biji kentang sederhana
  • 2 biji telur
  • 2 hingga 3 senduk tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas dan rebus kentang sehingga empuk.
  2. Toskan kentang dan lenyek atau uli sehingga hancur.
  3. Masukkan telur, tepung jagung dan garam ke dalam kentang yang telah dilenyek.
  4. Uli sehingga semua bahan sebati dan menjadi adunan yang boleh dibentuk.
  5. Jika adunan masih terlalu melekat, tambah sedikit lagi tepung jagung mengikut keperluan.
  6. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas.
  7. Ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat-bulat kecil sebelum dimasukkan ke dalam minyak.
  8. Jika mahu lebih mudah, sudukan sahaja adunan seperti membuat cucur atau jemput-jemput.
  9. Goreng sehingga keemasan dan rangup.
  10. Angkat dan toskan sebelum dihidangkan.

Sumber: Ummu Uwais

Baca juga: Resipi Cucur Lobak Merah Rangup, Anak Tak Suka Sayur Pun Makan Berselera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN