tepung pulut

Tepung beras dan tepung pulut adalah dua bahan penting dalam masakan kuih tradisional Malaysia. Walaupun kedua-duanya berasal daripada beras, sifat dan kegunaannya sangat berbeza.

Tepung beras diperbuat daripada beras biasa yang dikisar, manakala satu lagi jenis tepung ini datang daripada beras pulut. Bezanya terletak pada tekstur dan kesan yang diberi dalam masakan. Satu lebih kasar dan tidak melekat, satu lagi lebih halus dan melekit bila dimasak.

Baca juga: Rupanya 4 Jenis Tepung Beras Ini Berbeza ‘Fungsi’. Jangan Salah Guna, Nanti Kuih Tak Menjadi!

BEZA TEPUNG BERAS DAN TEPUNG GANDUM

1. Apa Itu Tepung Beras?

tepung pulut

Tepung beras ialah tepung yang diperbuat daripada beras biasa yang dikisar halus. Ia mempunyai tekstur yang agak kasar dan tidak melekit.

Kegunaan utama:

  • Membuat kuih tradisional seperti kuih talam dan kuih kosui.
  • Digunakan dalam kek dan biskut.
  • Sebagai bahan pemekat dalam bubur, sup atau kari.
  • Boleh digunakan untuk salutan gorengan seperti ayam goreng bagi menghasilkan tekstur rangup.

2. Apa Itu Tepung Pulut?

Dihasilkan daripada beras pulut yang dikisar halus. Ia mempunyai tekstur lebih halus dan melekit apabila dimasak, menghasilkan rasa kenyal dalam makanan.

Kegunaan utama:

  • Kuih tradisional seperti onde-onde, kuih koci, kuih lopis dan seri muka.
  • Memberi tekstur kenyal dan lembut dalam kuih.
  • Digunakan untuk kulit ketupat palas.

3. Jenis-Jenis Tepung Pulut

Terdapat dua jenis utama:

  • Putih– Paling biasa digunakan dalam kuih-muih
  • Hitam – Memberi warna gelap semula jadi, sesuai untuk onde-onde hitam atau kuih koci hitam

4. Nama Dalam Bahasa Inggeris

  • Tepung Beras: Rice Flour
  • Tepung Pulut: Glutinous Rice Flour

Nota: Walaupun dinamakan “glutinous”, tepung ini tidak mengandungi gluten dan selamat untuk individu yang menghidap penyakit celiac.

5. Kuih Yang Guna Kedua-Dua Tepung

Sesetengah kuih tradisional menggabungkan kedua-dua jenis tepung bagi mendapatkan tekstur yang seimbang, kenyal dan sedikit pejal.

Contohnya:

  • Kuih lapis
  • Kuih seri muka
  • Kuih talam
  • Kuih kosui
  • Bika ambon

6. Beza Tepung Beras & Tepung Pulut

Tepung beras:

  • Tepung beras daripada beras biasa
  • Lebih kasar dan kering
  • Sesuai untuk gorengan dan kuih yang pejal

Tepung pulut:

  • Diperbuat daripada beras pulut
  • Lebih halus dan melekit
  • Sesuai untuk kuih kenyal dan melekat

Sumber: Rona

Baca juga: Ramai Masih Keliru Perbezaan 2 Jenis Tepung Gandum Ros, Ini Kegunaan Sebenarnya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN