
Resepi keria kentang ini sesuai dicuba kalau ada lebihan kentang di dapur. Daripada dibiarkan lama hingga rosak, apa kata olah menjadi kuih keria kentang yang lembut, gebu dan sedap dimakan bersama salutan gula yang manis.
Biasanya kuih keria dibuat menggunakan ubi keledek, tetapi versi kentang ini tidak kurang enaknya. Teksturnya lembut di bahagian dalam, manakala lapisan gula di luar memberikan rasa manis yang cukup menyelerakan.
Resipi ini juga sangat mudah kerana hanya menggunakan beberapa bahan asas seperti kentang, tepung gandum dan sedikit marjerin. Sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang bersama keluarga.
Baca juga: Cara Buat Kuih Keria Pistachio Yang Gebu & Rangup Di Luar, Tak Keras Walaupun Sejuk!
RESEPI KERIA KENTANG

Bahan-bahan keria kentang:
- 5 biji kentang
- 1 cawan tepung gandum (diayak)
- Secubit garam
- 1 sudu besar marjerin (pilihan)
Nota: Jika menggunakan marjerin yang sudah mempunyai rasa masin, tidak perlu tambah garam lagi. Marjerin hanya digunakan untuk memberikan rasa lebih berlemak pada kuih.
Bahan-bahan sira gula:
- 6 sudu besar gula pasir
- 6 sudu besar air
Nota: Sukatan gula dan air perlu sama banyak. Kuantiti boleh ditambah mengikut jumlah keria yang dibuat.
Cara-cara penyediaan keria kentang:
- Basuh kentang hingga bersih, kemudian rebus sehingga betul-betul empuk.
- Setelah kentang masak, lenyekkan sehingga halus dan sebati.
- Masukkan marjerin dan lenyek sekali lagi supaya bercampur rata. Biarkan adunan kentang sejuk terlebih dahulu.
- Selepas sejuk, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat.
- Sapukan sedikit minyak pada tangan supaya lebih mudah membentuk doh. Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti kuih keria atau bentuk cincin seperti donat.
- Panaskan minyak dan goreng keria menggunakan api sederhana besar sehingga keperangan. Angkat dan biarkan sejuk sedikit sebelum disira gula.
Cara buat sira gula keria:
- Masukkan gula pasir dan air ke dalam kuali.
- Kacau sehingga gula larut dan biarkan mendidih hingga berbuih.
- Masukkan kuih keria yang sudah digoreng dan gaul rata.
- Apabila gula mula mengering dan kelihatan bersalut pada permukaan keria, tutup api.
- Teruskan menggaul sehingga salutan gula menjadi kering dan nampak putih berkilat pada kuih.
- Keria kentang siap dinikmati.
Tip: Pastikan keria digoreng dan disejukkan sedikit sebelum dimasukkan ke dalam sira gula supaya salutan gula lebih mudah melekat dan cantik. Selamat mencuba!
Sumber: Riesha Liena
Baca juga: Kuih Tepung Talam Pandan Lembut Berlapis, Rupanya Ini Rahsia Santan Tak Merekah
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














