resipi sup ikan merahHujung minggu ini rasa nak makan sesuatu yang ringan tapi berkhasiat. Sup ayam dah cuba, sup daging dah muak, apa kata cuba resipi sup ikan merah pula.

Ikan merah bukan sahaja sedap tetapi kaya dengan khasiat seperti vitamin A, kalium, selenium dan omega 3. Selain itu, ikan ini juga sesuai untuk yang sedang dalam berpantang.

Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Sha Ramson Abdullah melalui hantaran laman muka buku beliau.

Baca juga: Restoran Makanan Eksotik Di Sekinchan Yang Wajib Cuba, Memang ‘Rare’!

RESIPI SUP IKAN MERAH

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan merah
  • 1 batang saderi
  • 1/2 batang carrot
  • Sedikit akar ketumbar
  • Hirisan daun ketumbar
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Minyak masak
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa (Kami guna perasa Love Earth: Mushroom / Aloe Vera, BUKAN MSG)

Bahan Kisar:

  • 2 biji bawang merah besar
  • 2 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • Lada hitam (ikut selera)
  • 1 inci halia

Bahan Tumis:

  • 1/2 biji bawang merah besar (potong dadu / hiris mengikut suka)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 batang serai (optional)
  • 1 keping kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4-5 batang bunga cengkih
  • 7 biji cili padi merah
  • 7 biji cili padi hijau

Cara Masak:

1. Panaskan minyak, kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan bahan-bahan tumis yang lain.

2. Masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga naik bau.

3. Masukkan akar ketumbar. Masak sekejap, kemudian masukkan air, garam, dan perasa.

4. Masukkan hirisan saderi dan carrot. Masak sehingga mendidih.

5. Masukkan ikan.

6. Masukkan hirisan daun ketumbar, daun sup, dan daun bawang. Masak sehingga ikan masak sempurna.

7. Siap!

resipi sup ikan merah

Senang sahaja, kan? Makan dengan nasi putih dan gabungkan dengan sambal pedas memang jauh perginya!

Sumber: Sha Ramson Abdullah

Baca juga: Kek Japanese Cheese, Guna KEJU Jenis Ini Pun Boleh Buat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN