cara masak nasi tomato

Cara masak nasi tomato dengan ayam goreng sos tiram ini wajib dicuba jika anda mencari resipi mudah, terutamanya untuk sahur dan berbuka puasa.

Tak perlu masa yang lama, kalian sudah boleh menikmati nasi tomato yang lazat dan menyelerakan. Walaupun ringkas, yang penting sedap dan perut kenyang!

Jika kekurangan idea untuk memasak, apa kata jom cuba resipi istimewa dari MyResipi ini.

Baca juga: Nasi Putih Telur Dadar Berinti, Resipi Sahur Cepat Siap Ini Mesti Ramai Suka

CARA MASAK NASI TOMATO SEGERA, CEPAT & MUDAH DISEDIAKAN

cara masak nasi tomato

Bahan nasi:

  • 1 mangkuk beras
  • 1 mangkuk susu
  • 1 mangkuk air
  • 1 mangkuk tomato puri
  • 1 biji bawang merah (hiris)
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • Minyak secukupnya
  • Daun sup (hiasan)

Bahan ayam:

  • Paha ayam (tos dan bersihkan)
  • 1 sudu sos tiram
  • Sedikit serbuk lada hitam & garam secukupnya
  • Minyak secukupnya

Cara memasak:

  1. Mula-mula, rendam beras selama 30 minit. Kemudian basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah serta bawang putih sampai naik bau dan wangi.
  3. Bila dah naik bau, masukkan pula tomato puri dan kacau sampai pecah minyak.
  4. Selepas itu, tuangkan susu cair dan kacau sampai rata.
  5. Bila dah sebati, masukkan beras tadi dan tambahkan air secukupnya.
  6. Jangan lupa perasakan dengan garam dan sambung kacau lagi sekejap sampai kering.
  7. Kemudian, pindahkan beras ke dalam periuk nasi dan masak nasi seperti biasa.
  8. Sementara tunggu nasi masak, kita buat ayam goreng pula.
  9. Gaul peha ayam dengan sos tiram, serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  10. Panaskan minyak masak, goreng ayam tadi sampai garing dan masak sempurna.
  11. Bila dah masak, boleh angkat dan toskan minyak.
  12. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi tomato yang sudah masak tadi.
  13. Taburkan daun sup dan bawang goreng untuk tambahkan kelazatan.
  14. Sedia untuk dihidangkan.

Video penuh:

@myresipi

Resipi Campak Sahur 3 | Nasi Tomato Segera + Ayam Goreng Sos Tiram Bahan Nasi: 1 mangkuk beras 1 mangkuk susu 1 mangkuk air 1 mangkuk tomato puri 1 biji bawang merah (hiris) 1 ulas bawang putih (hiris) Minyak secukupnya Daun sup (hiasan) Bahan Ayam: Paha ayam (tos dan bersihkan) 1 sudu sos tiram Sedikit serbuk lada hitam & garam secukupnya Minyak secukupnya #MyResipi #ResipiCampakCampak #IndahkanMemori #Ramadan2025

♬ original sound – MyResipi – MyResipi

Sumber asli: MyResipi

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Kampung Ekspres, Campak-Campak Dah Siap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN