cucur udang resepi

Cucur udang resepi mak-mak ini pasti disukai ramai kerana setiap gigitan terasa nostalgianya. Sama macam orang dulu-dulu buat.

Resipi ini bukan sahaja sedap dan rangup, malah dapat menghasilkan cucur udang yang tidak kering, rangup di luar dan lembut di dalam.

Jom kita baca resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Yatie Kitchen di bawah.

Baca juga: Resipi Cucur Kentang, Buat Nipis Macam Ini Baru Rangup Krup Krap!

CUCUR UDANG RESEPI MAK-MAK

cucur udang resepi

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • Daun kucai (dihiris)
  • Taugeh secukupnya
  • Udang secukupnya
  • 1 biji telur
  • 1 biji kentang (dipotong dadu)
  • Perasa cendawan (mushroom seasoning)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan di dalam satu bekas.
  2. Bancuh dengan tiga jenis air 1 cawan air panas, 1 cawan air sejuk (chilled) dan 1 cawan air biasa.
  3. Gaul hingga sebati dan pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
  4. Panaskan minyak dalam kuali.
  5. Ambil sesudu adunan dan goreng sehingga keemasan.
  6. Angkat dan toskan minyak.

Tips:

  • Untuk cucur yang lembut: Tambahkan kentang dalam adunan.
  • Untuk cucur yang rangup di luar: Gunakan tepung beras.

Sumber resipi dan gambar: Yatiekitcken

Baca juga: Cucur Roti Guna Lebihan Roti Di Rumah, Lembut Dan Rangup Kejadiannya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN