resepi asam pedas ayam

Resepi asam pedas ayam menjadi fenomena selepas Khairul Aming berkongsikan cara memasak di laman sosial TikTok miliknya.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk cuba sendiri! Jadi, kami pun ingin berkongsikan resipi beliau untuk rujukan para pembaca.

Resipi ini boleh diganti dengan ikan atau protein lain mengikut cita rasa. Untuk resipi asam pedas ayam ini, pastikan guna ayam yang segar supaya rasa dan teskturnya lebih sedap.

Jika ada yang teringin nak cuba, jom lihat resipi penuh di bawah!

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Berempah Berserdak Rangup, Sedap Meratah!

RESEPI ASAM PEDAS AYAM

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang merah saiz besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • Seketul kecil kunyit hidup
  • 3 biji cili padi
  • Seketul belacan yang dah dibakar
  • 2 batang serai yang dah diketuk
  • Cili kisar
  • 1 ekor ayam
  • Garam
  • Perasa (seasoning)
  • 1 sudu pes asam jawa
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • 1 biji tomato
  • Kacang bendi (ikut suka)

Cara-cara memasak:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili padi dan belacan bakar.
  2. Tumis bahan kisar bersama serai yang telah diketuk.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam. Masukkan garam dan perasa (seasoning).
  5. Tambah air secukupnya untuk berkuah.
  6. Masukkan pes asam jawa, daun kesum dan bunga kantan.
  7. Apabila kuah mula pekat, masukkan tomato dan kacang bendi. Kacau lagi dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Khairulaming

Baca juga: Cara Buat Perapan Ayam Bakar Sedap, Sesuai Untuk Wrap, Sandwic & Salad

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN