Apabila dengar cerita daripada keluarga atau rakan yang pernah ke Thailand dan makan Ayam Goreng Pandan wangi di sana, pasti rasa teringin juga dibuatnya. Jangan risau, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi ini.

Resipi Ayam Goreng Pandan ini dikongsikan oleh Raja Amanina di Facebook dan hasilnya sungguh wangi semerbak. Jom kita cuba!

Baca juga: Ayam Goreng Black Pepper, Punyalah Sedap Sampai Tak Perasan Nasi Bertambah

RESIPI AYAM GORENG PANDAN WANGI

ayam goreng pandan wangi

Bahan-bahan untuk ayam:

  • 7 hingga 8 ketul isi ayam
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • ½ sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil ketumbar (ditumbuk, saya tambah hirisan daun ketumbar)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit garam
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan gula atau madu
  • Daun pandan dan lidi secukupnya
  • 1 sudu makan tepung jagung

Bahan-bahan untuk sos ala Thai:

  • 3 biji cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 1 keping gula Melaka
  • 1 sudu makan gula
  • 5 sudu makan sos ikan atau kicap sotong
  • Daun ketumbar (dicincang halus)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 sudu makan cuka
  • Sedikit bijan
  • ½ cawan air
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara menyediakan ayam:

1. Gaul ayam bersama bawang putih, lada hitam, ketumbar, sos tiram, kicap, gula, tepung jagung dan garam.

ayam goreng pandan wangi

2. Perap ayam selama 2 hingga 3 jam atau semalaman lagi sedap.

3. Balut atau bungkus isi ayam dengan daun pandan.

4. Goreng secara deep fry sampai keperangan.

Cara-cara menyediakan sos ala Thai: 

1. Kisar cili dengan sedikit air.

2. Tumis bawang putih dan bijan sampai wangi.

3. Masukkan cili kisar, air, cuka, lemon, gula dan kicap sotong.

4. Masak sampai mendidih dan masukkan tepung jagung,

5. Masak lagi sampai sos jadi sedikit jernih dan perasakan gula serta garam.

6. Taburkan daun ketumbar.

Tak perlu ke Thailand jika nak makan Ayam Goreng Pandan wangi di rumah. Masak di rumah, lebih puas hati kerana guna air tangan sendiri.

Selamat mencuba!

Sumber: Raja Amanina

Baca juga: Ayam Goreng Pandan Simple Dengan 3 Langkah, Siap Aroma Harum Semerbak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending