resipi sambal ketagih

Mari kita cuba buat resipi sambal ketagih yang dicipta sendiri oleh Cik Puan Noor Hafiza Mohamad. Ciptaan dua versi sambal ketagih ini diinspirasikan dari sambal ayam penyet serta sambal balado.

Sambal ketagih ini mempunyai rasa pedas yang kuat dan rasa yang lazat. Ia merupakan salah satu variasi sambal yang biasanya dihidangkan sebagai sos atau perasa untuk menemani hidangan seperti ayam, ikan, telur atau makanan laut lain. 

Baca juga: Sambal Kelantan @ Sambal Mok, Resipi Turun-Temurun Arwah Nenek Mertua

Sesetengah resipi sambal juga mungkin mengandungi bahan tambahan seperti pes udang (penapai udang) atau bahan lain untuk memberikan rasa yang tersendiri.

Berikut adalah dua resipi sambal yang anda boleh cuba. 


RESIPI DUA SAMBAL KETAGIH

Resipi sambal ketagih buat dua versi guna ikan bilis dan belacan. Versi sambal merah dan sambal hijau. Saya inovasi sendiri dari resipi sambal ayam penyet atau sambal balado.

resipi sambal ketagih

1. Sambal Merah

Bahan-bahan:

  • Cili padi
  • Cili besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan, garam
  • Gula
  • Perasa

2. Sambal hijau

Bahan-bahan:

  • Cili padi
  • Cili besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Cara buat sambal ketagih:

1. Boleh buat versi sambal hijau atau merah.

2. Kisar kasar semua bahan (kecuali garam, gula dan perasa). Saya guna chopper elektrik

3. Goreng dengan minyak yang banyak. (minyak lebih berbanding menumis)

4. Bila bahan dah layu baru masukkan bahan perasa. Dah sejuk baru masukkan sambal dalam balang dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Kegunaan Sambal:

  • Dimakan bersama lauk bergoreng seperti telur mata, ikan, ayam dan seafood
  • Dijadikan pes nasi goreng
  • Dijadikan sambal balado untuk ikan keli goreng, dan terung

Selama mencuba kedua-dua resipi sambal ketagih ini.

Baca juga: Sambal Kicap Style Johor, Ini RAHSIA Bagi ‘Kick’ Dan Tahan Lama

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN