mee tomyam

Sebelum ini makan lauk berkuah tomyam saja dan makan dengan nasi, tapi kali ini kami nak kongsikan resipi menarik iaitu Mee Tomyam yang kuahnya sangat menyelerakan.

Mee Tomyam adalah hidangan mee kuning yang membawa citarasa masakan Thailand dan menjadi kegemaran ramai di kalangan rakyat Malaysia.

Setelah nampak resipi Mee Tomyam yang dikongsikan oleh Buuwa Ebuanie Ma’aman di Facebook, kami yakin anda pasti terliur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Kuah Mee Kari Yang Sedap, Wanita Ini Kongsi Rahsia Dari Air Tangan Ibunya

RESIPI MEE TOMYAM

mee tomyam

Bahan-bahan:

  • 4 cawan air biasa
  • Sebatang serai (dihiris halus)
  • 4 hingga 5 hiris lengkuas
  • 3 sudu pes tomyam
  • 5 biji cili padi
  • Daun ketumbar (skali dengan akarnya)
  • Dada ayam dipotong
  • ½ cawan santan
  • 1 sudu susu pekat manis
  • Sayur (terpulang jenis apa)
  • 3 sudu sos ikan
  • 3 helai daun limau purut (dipotong dua atau dikoyak)
  • ½ biji lemon
  • Tauhu kering (dipotong, nak sedap letak banyak)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, isi air biasa ke dalam periuk, kemudian masukkan sekali akar daun ketumbar dan biarkan air mendidih.

2. Apabila air mendidih dan bau ketumbar sudah naik, masukkan daun limau purut, serai dan lengkuas, kemudian biarkan seketika.

3. Setelah agak-agak dalam seminit, masukkan daun ketumbar yang dihiris, masukkan pes tomyam dan sos ikan, kemudian biarkan mendidih.

4. Selepas itu, masukkan ayam.

5. Masukkan susu pekat manis dan santan, kemudian biarkan mendidih.

6. Apabila sudah biarkan dalam seminit, masukkan sayur dan tauhu, kemudian biarkan dalam 1 hingga 2 minit dan kacau seketika.

7. Setelah itu, masukkan air lemon, daun ketumbar dan cili padi.

8. Apabila tomyam tadi sudah menggelegak, tutup api.

9. Akhir sekali, letak mee dalam mangkuk dan bolehlah siram kuah tomyam serta letak daun ketumbar. Siap untuk dihidang!

mee tomyam

Jika tekak teringin makan hidangan berkuah selain nasi, bolehlah buat Mee Tomyam yang mudah ini. Gabungan rasa pedas, masam, dan sedikit manis memang kena dengan selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Buuwa Ebuanie Ma’aman

Baca juga: Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah, Confirm Hirup Kuah Sampai Licin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN