sambal kicap style johor

Resipi Sambal Kicap Style Johor ini memang padu. Andai ke sana, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama Bihun Sup atau Soto pun padu.

Baca juga: Sambal Bawang SIMPLE Tapi Padu, Simpan Luar Peti Sejuk Pun Tahan Seminggu!

Nak buat tak susah pun dan bahan-bahannya pun ringkas je. Nak buat sendiri?

Jom cuba resipi perkongsian dari Cik Puan Norhayati Bt Ismail Tang ini. Oh ya, ada petua tau supaya sambal kicap ini tahan lama. 2-3 bulan dalam peti sejuk pun masih elok. Nanti bolehlah buat.


RESIPI SAMBAL KICAP STYLE JOHOR

sambal kicap style johor

Bahan-bahan: 

  • Cili padi 30 biji
  • Bawang putih – 2 labu (digoreng hingga perang)
  • Kicap masin – ½ botol atau ikot paras cili dlm jug blender
  • Cuka/air limau – 3 sudu besar
  • Gula – 5 sudu besar

Cara penyediaan: 

1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak, angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.

2.Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu. Golek-golekkan anak lesung tu agar sebati.

3. Sambal Kicap Johor paling ringkas dan sedap siap disediakan.

Info Tambahan: 

  • Sambal Kicap ini boleh buat banyak untuk stok dan simpan di dalam peti ais. Bila nak guna tinggal ambil saja.
  • Sesuai dimakan bersama sup, soto, pisang goreng, sukun goreng, keledek goreng dan macam-macam lagi.
  • Tip agar Sambal Kicap boleh tahan 2 hingga 3 bulan bila letak di dalam peti ais ialah JANGAN sesekali menambah air, hanya gunakan kicap sahaja.
  • Guna sudu yang kering apabila mengambil sambal tersebut .
  • Petua org tua dulu-dulu, bila masak sambal kicap, tidak perlu buang tangkai cili api tu untuk mengelakkan dari sakit perut.


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Sambal Tumbuk Cili Hijau, Resipi Simple Tapi Memang Buat Makan Bertambah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending