Dapat kunyah kacang kuda ini semasa tengok tv memang ralit lah”

Waktu dulu kalau pergi ke pasar malam mesti ramai yang cari kacang kuda. Kacang kuda ini antara kudapan yang digemari pada zaman dahulu hinggalah sekarang. Tetapi zaman sekarang agak susah nak dapatkannya. Jadi, kalau teringin nak makan kacang kuda, korang boleh sediakan sendiri di rumah.

Cara nak bagi kacang kuda ini empuk senang sahaja rupanya cuma korang perlu mengikut cara yang betul. Jom cuba petua merebus kacang kuda ini.

1. Rendam semalaman

Sebelum korang nak rebus kacang kuda, pastikan korang rebuskan semalaman supaya kacang kuda tersebut menjadi lebih lembut. Selepas korang dah rendam, saiz kacang kuda tersebut akan menjadi lebih besar daripada saiz asalnya dan ini akan mempercepatkan proses merebus supaya ia menjadi lebih empuk.

2. Masukkan serbuk kunyit

Boleh masukkan serbuk kunyit sedikit  ke dalam air rebusan ini supaya ia lebih beraroma dan yang paling penting lebih tertarik menarik daripada nampak pucat warna kacang kuda tersebut.

3. Masukkan garam

Sebelum memasukkan garam, korang kena rebus kacang kuda tersebut empuk terlebih dahulu. Sekiranya air rebusan semakin berkurang baru korang boleh masukkan garam. Kalau masuk garam awal-awal bersama air rebusan masih penuh dan kacang masih keras, memang bersudu-sudu la garam korang masuk.

4. Simpan di dalam bekas yang kering

Korang juga boleh masukkan gula sebagia penambah perisa. Selepas kacang kuda sudah masak, toskan sehingga airnya betul-betul kering dan boleh dimakan begitu sahaja. Cara penyimpanannya adalah dengan menyimpan di dalam bekas yang kering, pastikan tiada air yang bertakung. Kukus sahaja sekiranya mahu makan keesokan harinya.

Sumber: Nana Ismail

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN