sembilang salai masak lemak

Mari cuba resipi ikan Sembilang Salai Masak Lemak Cili Api dari Negeri Sembilan ini. Masak sendiri lagi puas hati. 

Hidangan ini biasanya disiapkan dengan cara memasak ikan sembilang yang sudah disalai dan dibuat masak lemak sebagai kuahnya.

Baca juga: Kulit Rambai Masak Lemak Putih, Antara Masakan Kampung Yang Susah Jumpa

Tapi nak siang ikan sembilang ini kena yang pandai buat. Agak berbahaya sebab ada bisa ataupun racun. Sama saja seperti ikan keli. Tapi isi ikan ini lembut dan rasanya berlemak sedap.

Bila lihat dari gambar pun dah terliur dibuatnya. Memang terangkat selera makan dengan nasi putih panas-panas.

Masak lemak orang Negeri Sembilan ini memang kena pedas. Tak pedas tak padu bila nak makan nanti. Nak letak segenggam cili api pun boleh. Paling seronok, masak lemak cili api ini tak menggunakan bawang langsung. 


SEMBILANG SALAI MASAK LEMAK CILI API

sembilang salai masak lemak

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan sembilang salai
  • 4 ketul kunyit hidup
  • 1 helai daun kunyit – dihiris
  • 2 batang serai – diketuk
  • 5-7 biji cili api/cili padi (terpulang nak pedas ye)
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 kotak santan kecil
  • Garam halus secukup rasa
  • Gula jika perlu untuk sesuaikan rasa
  • Sedikit ajinomoto – optional

Cara-cara penyediaan: 

1. Kisar cili api, kunyit hidup bersama dengan secawan air hingga hancur dan halus.

2. Tuang ke dalam periuk/kuali, pasang api. Letak serai dan asam gelugor kacau.

3. Letak sebahagian daun kunyit dan tuang santan. Masak hingga santan mendidih perasakan dengan garam secukup rasa.

4. Masukkan ikan sembilang salai masak lebih kurang 5 minit dan akhir sekali letak daun kunyit yang berbaki tadi. Siap tutup api sedia dihidang.

sembilang salai masak lemak


Selamat mencuba.

Sumber: Julia ALeen Aireish

Baca juga: Resipi Masak Lemak Siput Sedut, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN