resipi pengat pisang

Resipi pengat pisang adalah hidangan tradisional Melayu yang popular, sesuai dinikmati ketika cuaca dingin atau sebagai pencuci mulut selepas makan.

Dengan rasa manis, aroma wangi daun pandan dan tekstur berlemak santan, pengat pisang pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.

Resipi yang dikongsikan ini mudah dan ringkas sesuai untuk dicuba oleh semua peringkat usia.

Baca lagi: Resepi Kek Span Mudah 5 Langkah, Lembut Dan Gebunya Cukup Menjadi

RESIPI PENGAT PISANG

Bahan-Bahan Utama

Cara Penyediaan

1. Didihkan air dalam periuk.

2. Masukkan gula melaka ke dalam air mendidih dan kacau hingga larut sepenuhnya.

3. Tambahkan gula pasir sedikit demi sedikit, dan sesuaikan tahap kemanisan mengikut cita rasa anda.

4. Basuh biji sagu dengan air bersih untuk membuang kotoran.

5. Jika ingin tekstur yang menarik, kepalkan biji sagu dalam bentuk bulat kecil sebelum dimasukkan ke dalam periuk. (Namun, jika ingin mudah, boleh juga terus menaburkannya ke dalam kuah.)

6. Masukkan biji sagu ke dalam air mendidih dan masak hingga sagu kelihatan jernih dan kenyal.

7. Potong pisang nangka mengikut saiz yang diinginkan, kemudian masukkan ke dalam kuah bersama dengan sagu yang telah dimasak.

8. Tuangkan santan segar dan sedikit susu tin cair untuk mendapatkan rasa berlemak yang kaya.

9. Masukkan daun pandan yang telah disimpul ke dalam kuah. Daun pandan ini bukan sahaja memberikan aroma yang wangi, tetapi juga meningkatkan keunikan rasa pengat.

10. Gunakan api sederhana dan kacau kuah secara perlahan untuk mengelakkan santan daripada pecah.

11. Masak hingga kuah mendidih dan bahan-bahan sebati.

Sumber: Mamaa Sal 

Baca lagi: Ayam Kicap Jawa Bersantan, Pembuka Selera Kenyang Sampai Menyandar!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN