nasi kerabu kuning diraja

Antara pelbagai jenis nasi kerabu yang wujud, Nasi Kerabu Kuning Diraja lebih menonjol sebagai juadah istimewa yang menjadi kegemaran ramai. Umum mengetahui bahawa Nasi Kerabu adalah salah satu hidangan tradisional yang terkenal di Malaysia, yang terkenal dengan warna-warni dan kekayaan rasanya. 

Kombinasi antara rasa pedas, masin, manis, dan masam membuatkan hidangan ini menjadi pilihan utama di meja makan rakyat Malaysia.

Baca juga: Udang Masak Diraja, Penuh Rasa Dan Lemak Lemak Manis, Sedap Sangat!

Ketika memasuki musim durian, hidangan ini sering disajikan bersama hidangan buah durian yang manis sebagai penutup yang sempurna. Mari ikuti cara penyediaannya di bawah. 

RESIPI NASI KERABU KUNING DIRAJA

nasi kerabu kuning diraja

Bahan-bahan nasi:

  • Daun limau purut 5 helai
  • Serai 3 batang
  • Kunyit agak-agak (untuk memberi warna pada nasi)

Caranya: Masukkan kesemua bahan dan selepas itu basuh beras dan masak nasi macam biasa.

Bahan-bahan kelapa goreng:

  • Kelapa parut (digoreng)
  • Lada hitam 1 sudu kecik (ditumbuk)
  • Bawang merah 4 ulas
  • Bawang putih 1 ulas
  • Ikan selar 1 ekor (jika ikan besar – bakar tawar)
  • Gula (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)

Caranya: Tumbuk lada hitam dan garam. Selesai tumbuk, kemudian gaulkan bersama-sama kelapa parut yang telah digoreng terlebih dahulu.

TUMIS NASI KERABU

Bahan-bahan: 

1. Bawang putih 1 ulas
2. Bawang merah 4 ulas
3. Cili kering 8 tangkai
4. Budu 4 sudu besar
5. Santan pekat 2 cawan 6. serai 3 batang (dititik)
6. Gula (secukup rasa)
7. Garam (secukup rasa)

Cara-caranya: Bahan 1-3 (blender/tumbuk). Kesemua bahan (termasuk yang di blend/tumbuk) dimasukkan dalam kuali hingga menggelegak. Bila sudah menggelegak, masukkan 1 cawan air. tunggu hingga kering dan pecah minyak.

SOLOK LADA

Bahan-bahan:

1. Kelapa parut
2. Bawang putih 1 ulas
3. Bawang merah 3 ulas
4. Serai sebatang
5. Gula (secukup rasa)
6. Garam (secukup rasa)
7. Cili hijau (dibelah sedikit untuk sumbat kelapa)
8. Sedikit santan

Cara-cara:

1. Bahan nombor 2 hingga 6 ditumbuk kemudian gaulkan bersama kelapa parut.
2. Bahan yang digaul dimasukkan ke dalam cili hijau.
3. Masukkan (susun) ke dalam periuk. kemudian, masukkan sedikit santan. tutup periuk dan biarkan mendidih hingga santan kering. berhati-hati supaya tak hangit.

Ulam-ulaman:

  • Daun kesum
  • Timun
  • Bunga kantan
  • Daun serai kayu 
  • Pucuk gajus 
  • Kacang panjang
  • Taugeh (tak perlu potong)

Caranya: Semua ulam dipotong halus.

Selamat mencuba.

Baca juga: Menu Majlis Santapan Diraja Putera Mateen Jadi Perhatian, Ramai Terliur Rupanya!

Gambar: Raizan Zan

Resipi: Farah Azirahman

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN