ayam kicap jawa

Ayam kicap jawa atau lebih dikenali sebagai ayam kicap semur sedap dihidangkan bersama nasi panas. Kuah yang pekat berlemak dan rasa manis kicap pasti akan membuka selera.

Resipi ini merupakan perkongsian dari Cik Puan Syalfarina Razali yang mempelajari resipi ini melalui ibu beliau. Rugi kalau anda tidak mencuba resipi ayam kicap ini.

Jom baca resipi penuh.

Baca lagi: Resipi Kari Ayam Perap, Cara Macam Ini Supaya Elak Cepat Muak

RESIPI AYAM KICAP ALA JAWA

Bahan-Bahan:

  • Setengah ekor ayam (lumur dengan serbuk kunyit dan garam)
  • 4 ulas bawang merah (blend atau tumbuk)
  • 6 ulas bawang putih (blend atau tumbuk)
  • Seinci halia (hiris atau ketuk)
  • Minyak goreng (dari menggoreng ayam)
  • Penumis 4 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, dan cengkih)
  • Air asam jawa (secukupnya)
  • Kicap manis (mengikut citarasa)
  • Santan (lebih kurang 5 sudu besar)
  • Gula dan garam (secukup rasa)

Cara Memasak:

1. Lumurkan setengah ekor ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam sehingga separuh masak; tidak perlu goreng hingga garing kerana ayam akan menjadi keras.

2.  Blend bawang merah dan bawang putih hingga halus. Untuk halia, hiris atau ketuk mengikut kesukaan.

3. Dalam kuali yang sama dengan minyak goreng ayam, masukkan penumis 4 sekawan, hirisan halia, dan bawang yang telah diblend. Tumis sehingga wangi dan naik bau.

4. Ramas sedikit asam jawa dengan air dan masukkan ke dalam tumisan. Ini akan memberikan sedikit kuah pada hidangan. Jika tidak ada asam jawa, setengah sudu asam jawa juga sudah mencukupi.

5.  Masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam tumisan. Reneh sehingga ayam masak sepenuhnya.

6. Tuangkan kicap manis ke dalam kuali. Saya menggunakan kicap manis yang disarankan oleh mak ngah kerana ia memberi rasa yang sedap untuk masakan ini.

7. Renehkan tumisan sehingga kuah agak pekat. Kemudian, masukkan santan. Anda boleh menganggarkan lebih kurang 5 sudu besar.

8. Tambahkan sedikit gula dan garam, sesuaikan mengikut citarasa.

Sumber: Syalfarina Razali

Baca lagi: Terung Tumis Kicap Manis Bersama Tauhu Telur, Licin Pinggan Makan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN