resepi kek span mudah

Baru-baru ini, kami terjumpa resepi Kek Span mudah yang hasilnya sungguh gebu. Paling menarik, ia sesuai buat mereka yang baru saja mula belajar buat kek di rumah.

Kek Span adalah sejenis kek bertekstur ringan yang boleh dibuat dengan pelbagai perisa seperti pandan, vanilla, coklat dan banyak lagi.

Oleh kerana Kek Span boleh dibuat dengan hanya menggunakan telur, gula dan tepung, maka ramai yang menganggap ia sebagai kek paling asas dalam pembuatan pastri.

Lily Marlina telah kongsikan resipi Kek Span mudah yang mendapat pujian ramai di Facebook kerana hasilnya kelihatan lembut dan gebu. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Untuk Simpan Kek Tahan Lama, Bila Tak Habis Makan Boleh Guna 2 Cara Ini

RESEPI KEK SPAN MUDAH

resepi kek span mudah

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar ovalette
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan gula (jika tak nak manis sangat, boleh kurangkan gula)
  • 1 sudu besar baking powder
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 santan kotak kara (200ml)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, mix telur, ovalette, susu pekat dan gula sampi betul-betul gebu.

2. Kemudian, masukkn tepung gandum dan baking powder yang telah diayak dan gaul sebati dengan senduk.

3. Selepas itu, masukkn santan dan gaul sampi sebati.

4. Seterusnya, letak pewarna, perasa dan corak ikut suka.

5. Akhir sekali, bakar dengan suhu 160°C (ikut oven masing-masing) menggunakan api atas bawah selama 45 minit atau sehingga masak. Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

resepi kek span mudah

Apabila melihat hasil daripada resepi Kek Span mudah yang gebu, ia sudah cukup membuatkan anda teruja untuk memakannya. Jika tiada idea pencuci mulut, boleh buat kek ini.

Resepi Kek Span mudah ini pasti buatkan anda sekeluarga tak sabar untuk mencubanya di rumah. Paling seronok jika ada air kopi dan teh O, nikmat tak terhingga.

Selamat mencuba!

Sumber: Lily Marlina

Baca juga: Kek Pandan Gula Melaka Lembut Berkrim, Makan Sepotong Pun Tak Puas

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN