nasi goreng chili flakes

Pagi-pagi sebelum pergi kerja, kena buat sarapan dulu untuk anak-anak makan pagi. Kalau nak cepat, cuba buat nasi goreng chili flakes ini.

Tak perlu susah-susah tumbuk bawang, mata pun tak pedih dan tak perlu cuci banyak barang lepas masak.

Sesuai juga buat untuk bekal makan tengah hari anak-anak di sekolah ataupun bekal ke pejabat, hasilnya sangat sedap.

RESIPI NASI GORENG CHILI FLAKES

Bahan-bahan:

  • 2 hidangan nasi sejuk
  • 1 kiub ikan bilis / ayam
  • 2-3 sudu besar empingan cili (chili flakes)
  • 2 butir telur
  • 1 biji bawang merah besar
  • Gula secukup rasa

 Cara-cara memasak:

1. Kalau bangun pagi, nak masak sarapan yang cepat siap, selalunya saya masak nasi goreng versi ni. Capai barang dalam peti ais dan pantri, terus buat. Syaratnya kena ada lebihan nasi semalamlah.

2. Tumis bawang yang sudah dihiris.

3. Bila bawang dah mula keemasan, masukkan empingan cili. Kalau tiada empingan cili, gunakan cili kering yang ditumbuk atau dikisar kasar pun boleh.

4. Tumis bawang dan empingan cili sampai warnanya meriah macam ni. Bau dia memang menggiurkan. Gunakan api sederhana, empingan cili mudah hangus kalau gunakan api besar.

5. Dah boleh masukkan nasi. Gaul hingga sebati.

6. Sekarang perasakan dengan kiub ikan bilis atau ayam. Boleh gantikan dengan kicap cair. Kemudian kena letak 1 sudu kecil gula.

7. Letak telur. Ada orang suka letak awal. Terpulang pada cara masing-masing. Cuma pastikan telur betul-betul masak supaya tak kena jangkitan salmonella (salmonellosis).

8. Siap! Nasi goreng cili kering versi mudah. Kalau nak letak bawang putih, ayam atau apa sahaja, silakan.

nasi goreng chili flakes

Nasi Goreng Cili Kering ni pedas, masin, dan sedikit manis. Manis dari bawang terkaramel dan secubit gula yang kita yang masukkan tadi.

nasi goreng chili flakes

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Mini Pancake Lain Dari Biasa, Anak Pun Teruja Nak Makan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN