khasiat buah oren

Rupanya ada banyak khasiat buah oren yang anda perlu tahu. Buah oren boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan makanan dan minuman.

Antara perkara yang terkenal mengenai buah oren adalah buah ini mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi.

Sebiji buah oren mengandungi 73 kcal kalori, 16.5 g karbohidrat, 2.8 g serat, 0g protein dan 0 g lemak. Namun begitu, apakah kebaikan buah ini terhadap kesihatan? Jom sama-sama baca artikel ini sehingga habis.

10 KHASIAT BUAH OREN PATUT ANDA TAHU

1. Baik untuk kesihatan jantung

Kandungan vitamin C di dalam oren boleh mencegah penyakit jantung kerana paras kolestrol yang rendah.

Vitamin C dalam buah oren ini juga boleh menghalang darah dari membeku sekaligus menghalang risiko terkena serangan jantung.

Kalium (potassium) dalam buah oren juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

2. Melambatkan proses penuaan kulit

Buah oren tinggi dengan kandungan vitamin C yang boleh membantu mencegah kerosakan kulit akibat sinaran UV. Buah ini juga membantu menjaga kesihatan kulit dengan mencegah tanda-tanda penuaan dan mengalakkan penghasilan kolagen.

3. Mengawal tekanan darah tinggi

Pigmen utama dalam oren adalah hesperidin yang boleh membantu megawal tekanan darah tinggi.

4. Boleh menurunkan paras kolesterol

khasiat buah oren

Vitamin C, asid folik dan pigmen di dalam jus membantu untuk mengurangkan kadar LDL atau lebih dikenali sebagai kolesterol jahat.

Ia juga meningkatkan kadar kolesterol baik atau HDL seterusnya mengurangkan nisbah LDL-HDL

5. Membantu menurunkan berat badan

Makan buah oren pun boleh kurus? Hal ini kerana memakan buah oren sebelum menjamah hidangan utama boleh membuatkan anda merasa kenyang. Jadi anda akan makan dalam kuantiti yang lebih sedikit.

Jika anda suka makan pencuci mulut yang manis-manis, jom gantikan dengan buah yang rendah kalori ini. Ianya lebih baik dan sihat untuk kesihatan.

6. Baik untuk pesakit diabetes

Buah oren selamat dimakan oleh pesakit yang menghidap diabetes kerana ia mempunyai nilai GI yang rendah. Tapi hati-hati, ia masih boleh meningkatkan paras gula dalam darah jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.

Oleh itu, anda masih perlu mengawal jumlah atau bahagian buah yang ingin anda makan dengan mengambil satu hidangan buah setiap kali waktu makan.

Untuk buah oren, satu hidangan bersamaan dengan 1 potong buah oren.

7. Boleh mencegah batu karang

Tahap sitrat yang rendah di dalam air kencing berisiko untuk membentuk batu karang. Buah oren dan jusnya boleh membantu meningkatkan paras sitrat dalam air kencing sekaligus mengurangkan risiko batu karang.

Buah oren dan jusnya juga mengandungi kalsium yang boleh mengurangkan risiko batu karang.

8. Membantu merawat anemia

Penyakit anemia ialah penyakit akibat kekurangan sel darah merah serta mengurangkan keupayaannya untuk membawa oksigen. Penyakit ini kebiasaannya akibat kekurangan zat besi.

Walaupun buah oren bukan sumber yang zat besi yang baik, namun kandungan vitamin C dan asid sitrik yang tinggi dalam buah oren dapat membantu badan untuk menyerap zat iron dalam sistem penghadaman.

9. Meningkatkan imuniti

Buah-buahan sitrus seperti oren kaya dengan Vitamin C yang dipercayai membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Sel darah putih amat penting dalam membantu tubuh melawan jangkitan virus dan bakteria.

Ia juga mengandungi antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Mesti diambil secara mentah atau begitu sahaja kerana suhu yang tinggi boleh memusnahkan kandungan Vitamin C yang terdapat dalam buah sitrus.

10. Melancarkan buang air besar & merawat sembelit

Serat dari buah ini bukan sahaja melambatkan rasa lapar, tetapi baik juga untuk pencernaan.

Buah oren kaya dengan pektin dan mengandungi antioksidan naringenin. Antioksidan ini dapat meningkatkan rembesan cecair ke dalam usus, sehingga najis menjadi lebih lembut.

Oren juga mengandungi flavonol yang disebut naringenin. Ia berfungsi seperti julap untuk membantu merawat sembelit.

11. Baik untuk kesihatan mata

Semua sudah sedia maklum bahawa buah oren ini kaya dengan vitamin C. Seperti vitamin E, vitamin C ini adalah antioksidan yang berupaya melawan kerosakan mata yang mana berkaitan dengan usia. Selain buah oren, lemon dan grapefruits juga merupakan buahan yang elok untuk mata.

12. Membantu merawat Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)

Untuk mereka yang mempunyai PCOS, mereka perlu mengamalkan makanan yang mengandungi nilai GI yang rendah seperti oren. Ia juga untuk meningkatkan ketahanan insulin yang dipercayai menjadi punca kepada PCOS.

Kredit: STYLECRAZE

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN