Resipi makaroni gorengResipi makaroni goreng ini kalau buat sebekas memang tak cukup. Mesti tangan tak berhenti menambah dan confirm kesedapan itu akan buat teringat-ingat.

Penulis faham kadang kala, kita mesti akan ada satu masa yang sudah muak makan makanan ruji seperti nasi. Jadi, apa salahnya tukar selera, kan? 

Jadikan bekal untuk anak-anak pun sesuai!

Jom tengok resipi oleh Encik Nazri Mat Zain ini.

Baca juga: Resepi Cheezy Wedges Yang Sedap, Lebih Jimat Dan Puas Hati Makan!

RESIPI MAKARONI GORENG 

Bahan-bahan:

  • 3 pek Macaroni 
  • Didihkan air dan masukkan macaroni, masak hingga kembang dan lembut. Toskan.
  • 1 pek daging kisar
  • 1 pek sosej daging, dipotong nipis
  • 1/2 kobis ungu, dipotong biasa
  • 1 biji lobak merah, diparut
  • Button mushroom, dipotong nipis dan dicelur sekejap, kemudian toskan
  • 2 biji capsicum (hijau dan merah), dipotong biasa
  • 4 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 3 sudu besar tomato soup
  • 4 sudu besar cili kisar
  • Oregano secukupnya
  • Garam dan aji secukup rasa
  • 1 biji bawang holland, dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 5 biji cili api Thai, dicincang
  • Olive oil dicampur sedikit dengan minyak masak

Cara Penyediaan:

1. Didihkan air dan masak macaroni hingga kembang dan lembut. Toskan dan ketepikan.

2. Panaskan olive oil dan campur sedikit dengan minyak masak dalam kuali.

3. Masukkan bawang holland, bawang putih, dan cili api Thai. Tumis hingga wangi dan sedikit garing.

4. Masukkan daging kisar dan sosej. Tumis hingga masak.

5. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.

6. Masukkan sos cili, tomato puree, dan tomato soup. Kacau sebati.

7. Masukkan garam dan aji secukup rasa.

8. Masukkan macaroni yang telah ditoskan. Kacau sekejap hingga rata.

9. Masukkan kobis ungu, carrot, dan button mushroom yang telah dicelur. Kacau rata.

10. Masukkan oregano sebanyak 2 sudu besar. Kacau sebati.

11. Akhir sekali, masukkan capsicum. Kacau rata dan masak sekejap hingga capsicum layu sedikit.

12. Macaroni goreng sedia untuk dihidangkan. Nikmati hidangan ini selagi panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Nazri Mat Zain

Baca juga: Tip Buat Sambal Kentang Kering Yang Rangup Elok, Ikut ‘Step By Step’ Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN