bekal sekolahSetiap ibu mesti mahu berikan yang terbaik dalam segi pemakanan anak terutama sekali ketika di sekolah. Lega hati kalau anak pulang dengan bekal sekolah yang licin.

Idea yang dikongsikan oleh Cik Puan Rida Shafie melalui laman sosial Facebook ini, sangat sesuai untuk mak-mak yang dah kering buah fikiran memikirkan menu untuk anak-anak.

Jom tengok 10 menu mudah di bawah.

Baca juga:  Syoknya Bawa Bekal Dari Rumah, Ini 8 Kelebihannya Yang Tak Pernah Anda Sangka!

10 IDEA BEKAL SEKOLAH ANAK

1. Spageti cabonara, buah strawbery dan nugget ayam

bekal sekolah

2. Nasi goreng ikan, sosej dan buah mangga

3. Cekodok pisang, roti telur dan buah anggur

bekal sekolah

4. Mee goreng mamak, donut mini dan buah limau

5. Bijirin pelangi, popia ayam dan buah oren

6. Kuetiau goreng, nugget ayam dan buah oren

bekal sekolah

7. Roti sosej, bijiran, susu full cream dan buah oren

8. Tortilla wrap, kek dan buah

bekal sekolah

9. Roti pizza, kek lapis dan buah oren

10. Macaroni goreng, nugget ayam dan buah epal

bekal sekolah

TIP MUDAH PENYEDIAAN BEKAL:

Kadang-kadang bila kita dah bersemangat nak sediakan bekal anak, keesokkan hari mesti akan kecundang. Antara faktornya mestilah kepenatan sebagai seorang ibu.

Percayalah, ibu pasti akan senang hati sekiranya anak habiskan makanannya yang diberikan. Jadi, anda mungkin boleh ikut beberapa tip supaya azam menyediakan bekal ini tercapai.

  • Sediakan menu makanan terlebih dahulu
  • Menu yang mudah
  • Tidur awal
  • Sediakan bahan masak di dalam bekas
  • Sediakan dan cuci bahan mentah lebih awal

Selamat mencuba, mommies!

Sumber: Rida Shafie, The Asian Parent

Baca juga: Bekal Makanan Yang Bagus, Kaca Atau Plastik, Ini Jawapannya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN