gulai udang

Gulai udang atau masak lemak cili padi ini memang sudah menjadi kegemaran ramai. Makan dengan nasi panas, confirm menambah!

Ada yang suka buat gulai udang simple tanpa terlalu banyak sayuran. Tapi kalau ada yang suka tempe, kacang buncis ataupun fucuk boleh masukkan sekali.

Nak cuba masak? Ikut saja resipi lengkap di bawah.

Bahan-bahan kisar halus:

  • 25 biji cili padu hijau dan merah (campur)
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2 ruas jari kunyit hidup

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg udang
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 2 ruas jari lengkuas (ketuk)
  • 3 helai  daun salam
  • 2 helai daun kunyit
  • Air
  • Asam keping
  • Kacang buncis
  • Satu kotak kecil santan
  • Garam
  • Tempe (goreng)
  • Petai

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis serai dan lengkuas yang sudah diketuk. Kemudiah masukkan bahan-bahan kisar yang sudah dikisar halus.
  2. Gaul sebati dalam 10 hingga 15 minit.
  3. Masukkan daun salam, daun kunyit dan air secukupnya.
  4. Bila dah mendidih, masukkan asam keping dan kacang buncis. Biarkan sehingga setengah masak, kemudian masukkan udang dan kacau rata.
  5. Masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Bila dah mendidih, masukkan petai dan tempe yang sudah digoreng. Siap!

Selamat mencuba!

Kredit: Makcik Ratu

Baca juga: Resipi Udang Masak Berempah, Sangat Lazat & Menyelerakan