resipi suhun goreng

Mesti ramai yang tak pernah tengok orang buat suhun goreng ni kan? Mudah saja resipi suhun goreng ni kalau ada yang cuba. Sekali sekala tukar selera tak salah kan.

Siapa yang sering ke kedai masakan Cina atau Thailand pasti tahu menu suhun goreng ini. Memang sedap! Jom lihat cara membuatnya di bawah.

Resipi Suhun Goreng Macam Di Kedai Thai

resipi suhun goreng

Bahan-bahan:

  • Suhun (rendam dahulu)
  • Bawang putih (hiris)
  • Bawang holland (hiris)
  • Udang
  • Sotong
  • Telur
  • Kiub bilis
  • Sos tiram, sos ikan, kicap lemak manis
  • Carrot, cili merah, tomato, cili api potong
  • Gula, garam
  • Daun bawang

resipi suhun goreng

Cara-cara:

1. Tumiskan hirisan bawang putih dan bawang holland. Kemudian masukkan udang dan sotong. Goreng sekejap.

2. Masukkan telur, goreng hancur. Masukkan juga kiub bilis, kemudian sos tiram, sos ikan dan kicap lemak manis.

3. Seterusnya masukkan carrot, cili merah dan tomato. Kalau suka pedas boleh masukkan cili api potong.

4. Masukkan suhun yang sudah direndam (jangan rendam lama dan air jangan banyak).

5. Goreng sebati semua bahan. Perasakan dengan garam sedikit dan gula secukupnya.  Akhir sekali taburkan daun bawang dan boleh letak taugeh jika suka. Selamat mencuba!

Kredit: Nasriah Ramli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN