
Setelah sampai di kedai, memang rambang mata apabila melihat pelbagai jenama bihun yang ada. Bukan setakat kena pandai pilih, malah anda perlu tahu cara rendam bihun yang betul.
Buat anda yang masih gagal memilih bihun yang kena dengan citarasa, jangan risau. Kali ini, kami kongsikan cara rendam bihun mengikut jenisnya yang sangat berguna untuk anda.
Baca juga: Jenama Bihun Terbaik Yang Orang Malaysia Suka, 10 Senarai Ini Tak Pernah Mengecewakan
CARA RENDAM BIHUN MENGIKUT JENISNYA
1. Jenis halus dan agak nipis bentuknya.

Kredit Gambar: Shopee Malaysia
Jika ternampak bihun berbentuk nipis dan halus, ia tak mengambil masa lama untuk direndam kerana secepat 2 hingga 5 minit saja sudah lembut.
Walaupun mudah putus, tapi bihun ini sesuai jika nak cepat. Jika tetamu datang dan perlu sediakan hidangan secepat mungkin, bolehlah guna jenis bihun ini.
Cara rendam bihun jenis halus:
- Masukkan bihun dalam mangkuk berisi air dengan suhu bilik.
- Selepas rendam dalam 2 hingga 5 minit, boleh terus guna.
- Jika gunakan untuk menggoreng, tak boleh kacau selalu.
2. Jenis sederhana kasar tapi teksturnya tak terlalu tebal.

Kredit Gambar: Shopee Malaysia
Terdapat bihun yang sederhana kasar, namun teksturnya tak begitu tebal dan ia mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit untuk lembut.
Bihun seperti ini sentiasa menjadi pilihan ramai terutamanya mak-mak kerana ia sangat mudah digunakan untuk menggoreng dan buat sup.
Cara rendam bihun jenis sederhana kasar:
- Masukkan bihun dalam mangkuk berisi air dengan suhu bilik.
- Selepas 20 minit, boleh terus guna untuk masak.
- Semasa menggoreng, perlu selaraskan penggunaan air untuk lembutkannya lagi.
3. Jenis kasar dan bentuknya agak tebal.

Kredit Gambar: Shopee Malaysia
Bihun jenis kasar dan berbentuk tebal ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana lebih puas dimakan. Oleh itu, ia pilihan terbaik untuk dijadikan sebagai hidangan jamuan.
Bihun ini mengambil masa yang lama untuk direndam, kadangkala sampai 30 minit pun masih belum lembut. Namun, ia tak mudah putus dan sangat sesuai untuk buat bihun sup.
Cara rendam bihun jenis sederhana kasar:
- Masukkan bihun dalam mangkuk berisi air dengan suhu bilik.
- Selepas 30 minit, lihat sama ada sudah lembut. Jika belum, boleh rendam lagi.
- Jika nak terus pakai untuk menggoreng, perlu gunakan air yang banyak.
Setelah tahu jenis dan cara rendam ini, taklah kecewa nanti. Jika tiba-tiba bihun kegemaran anda sudah habis stok, jangan risau kerana masih ada pilihan lain lagi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: mimpicakes
Baca juga: Petua Pilih Ubi Kayu Yang Cepat Empuk Setelah Rebus, Wajib Ada Ciri ‘Ini’
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














