resipi minuman coklat

Bagi penggemar minuman di kafe, pastinya anda ingin mencuba resipi minuman coklat dengan campuran perisa jem ini. Rasanya yang premium memang persis bila berkunjung ke kafe.

Jika berkunjung ke kafe atau restoran, antara air yang menjadi pilihan pelanggan adalah air coklat. Kepekatan koko yang sedap bergantung kepada kedai masing-masing membuatkan air coklat ini istimewa dan sangat mendapat perhatian.

Baca juga: Serbuk Coklat Homemade Untuk Bancuhan Air, Hanya Guna 4 BAHAN Je

Seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Hazneza Abdul Hamid ini, telah berkongsi resipi bancuhan air ini di laman Facebook. Perkongsian beliau telah menarik perhatian netizen untuk mencubanya. Mari kita ikuti perkongsian ini.

RESIPI MINUMAN COKLAT CAMPUR PERISA JEM

Baru-baru ini saya dan seorang sahabat keluar minum dan kami mencuba sebuah kedai yang kami tidak pernah pergi. Saya pesan coklat panas perisa oren. Sedap juga. Balik rumah, saya fikir bagaimana hendak berikan ahli keluarga saya rasa apa yang saya minum.

Bukanlah tidak boleh beli namun faham-fahamlah minuman begitu di kedai sedemikian. Terasa juga belanjanya. Percubaan pertama saya buat guna jem anggur dan minum dengan En. Anuar. Sedap, katanya. Namun tiada gambar.

Hari ini buat pusingan kedua untuk si bujang kecil dan ratu hati saya. Guna jem strawberi. Pada pendapat saya, anggur dan oren lebih sedap. Namun begitu terpulang pada citarasa anda.

resipi minuman coklat

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Susu segar
  • Jem strawberry/blueberry/oren/anggur – ikut perisa yang anda mahu
  • Coklat masakan jenis dark chocolate
  • Serbuk koko

Cara-cara bancuhan air:

1. Masukkan semua bahan dalam kole tahan panas/periuk yang sesuai.

2. Panaskan atas kukus air. Ada yang panggil Bain Marie atau double boiler. Kepentingannya adalah agar susu tidak melekat pada bekas keluli dan hangit.

3. Apabila sudah mula panas, kacau dengan pengaduk.

4. Coklat panas bergaya macam ini enak diminum berteman. Jika tiada, hantar kepada jiran atau hantar gambar kepada orang lain. Tidak semestinya berteman dalam satu ruang yang sama kan?

5. Yang anda nampak keunguan itu, saya letakkan sebiji blackberry beku dan coklat masakan diparut supaya ada pusaran di permukaan minuman.

resipi minuman coklat

Selamat menikmati minuman coklat campuran perisa jem. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Siti Hazneza Abdul Hamid

Baca juga: Bekas Pekerja Starbucks Ini Kongsi Rahsia Bancuh Air Nescafe Padu, ‘Konfirm’ Terangkat lah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN