resipi gulai ayam

Hari ini kami ingin kongsikan resipi gulai ayam yang sangat sedap. Namun begitu, ada perdebatan sama ada lauk ini sebenarnya dipanggil sebagai gulai atau kari.

Sebenarnya ini bergantung kepada cara kita mendefinisikan lauk itu. Tak kisah gulai atau kari, kedua-duanya sedap dan mempunyai keistimewaan tersendiri dalam cara memasaknya.

Jom baca resipi yang dikongsikan di bawah.

Baca juga: Cara Buat Milky Bun Thai, Patutlah ‘Viral’ Rupanya Gebu Kemain!

RESIPI GULAI AYAM

Bahan-Bahan:

  • 8-9 ketul ayam
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 tangkai kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga

Bahan Kisar Halus:

  • 1 biji bawang merah
  • Halia sebesar ibu jari (lebihkan sedikit)
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
  • Lengkuas sebesar ibu jari (lebihkan sedikit)
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk cili atau cili kisar
  • 1 peket kecil rempah kari
  • 1 keping asam
  • 1/2 keping gula melaka atau gula nise
  • Santan 1 1/2 cawan
  • Air secukupnya

Bahan Tambahan:

  • 3 biji kentang (dipotong wedges)
  • 2 helai daun limau purut (optional)
  • Cili merah, cili hijau atau cili padi untuk rasa pedas (optional)

Cara-Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga hingga wangi.

2. Masukkan cili kisar atau serbuk cili dan bahan kisar halus. Masak hingga garing.

3. Tambah serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam dan gaul selama 3-4 minit. Tambah air hingga ayam tenggelam, dan masukkan kentang.

5. Setelah mendidih, masukkan santan, gula melaka, garam, serbuk perasa, asam keping, dan daun limau purut. Biarkan masak hingga kuah pekat.

6. Akhir sekali, masukkan cili hijau atau cili padi jika mahu lebih pedas. Setelah kentang empuk, gulai siap untuk dihidang.

Gulai ini sangat sedap dihidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba!

Sumber: LeeNa Choo

Baca juga: Resipi Pai Ayam Bersama Puff Pastry, Kerak Rangup Itu Yang Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN