resipi dendeng daging

Resipi dendeng daging mempunyai tekstur yang lembut tetapi sedikit kenyal kerana proses rebusan dan gorengan yang sempurna. Kuah rempahnya beraroma wangi dengan gabungan cili kering, bawang, serai dan halia yang ditumis hingga pecah minyak.

Tidak dilupakan bahan seperti kicap manis memberi rasa yang cukup seimbang kepada hidangan ini manakala helaian daun limau memberi aroma rasa yang menyelerakan.

Untuk rasa lagi memukau, biarkan daging mereneh sebentar dalam rempah agar ia benar-benar menyerap rasa.

Jom kita tengok resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Kuih Talam Pandan, Ikut Cara Macam Ini Baru Hasil Cantik & Kemas

RESIPI DENDENG DAGING

Bahan-bahan Utama:

  • 1 kg daging (rebus hingga empuk)
  • Kicap manis secukupnya (disyorkan jenama Kipas Udang)
  • 4 helai daun limau purut
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Cili padi (untuk hiasan)

Bahan Kisar (*):

  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai
  • 15 tangkai cili kering

Cara-cara Penyediaan:

1. Rebus daging hingga empuk, kemudian ketuk daging sehingga leper.

2. Perap daging dengan kicap manis secukupnya sehingga bersalut sepenuhnya. Biarkan selama beberapa minit supaya rasa meresap.

3. Panaskan minyak dan goreng daging yang telah diperap tadi. Jangan goreng terlalu garing, cukup hingga permukaan daging sedikit keperangan.

4. Kisar semua bahan bertanda (*) hingga halus untuk menghasilkan pes rempah yang pekat dan beraroma.

5. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.

6. Masukkan sedikit air rebusan daging ke dalam rempah yang sedang ditumis.

7. Kemudian, tambahkan daging yang telah digoreng tadi. Gaul rata sehingga daging sebati dengan rempah.

8. Masukkan kicap manis secukupnya bersama daun limau purut untuk aroma segar.

9. Tambah garam dan perasa mengikut cita rasa anda.

10. Sebelum dihidang, taburkan cili padi sebagai hiasan untuk menambah warna dan rasa pedas.

Selamat mencuba!

Sumber: Rahmah Rosmin 

Baca lagi: Kuih Bakar Pandan Sedap Paling Mudah, Mak-Mak Boleh Buat Guna Acuan Muffin Saja!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN