resipi nasi jagung

Pernah cuba tak Resipi Nasi Jagung? Menu ini sama saja seperti nasi tomato dan nasi minyak kerana ia digandingkan bersama ayam masak merah dan acar timun.

Kalau tiada idea nak masak apa untuk makan tengahari atau makan malam, jom cuba masak nasi jagung ini. Bukan saja sedap, malah cara penyediaannya juga sangat mudah!

Baca juga: Nasi Daging Adabi, Resipi Ekspres Jimat Masa, Lebih 5.1K Perkongsian

RESIPI NASI JAGUNG SPECIAL

Bahan-bahan:

  • 8 cawan beras basmathi (rendam 30 minit, basuh bersih dan toskan)
  • Air (8 cawan)
  • 2 cawan susu cair
  • 3 sudu makan minyak sapi/marjerin
  • 2 tongkol jagung (hiris isinya)
  • 2 biji bawang besar (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 ruas ibu jari halia (tumbuk)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 ketul kiub ayam (optional)
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Bancuh air, susu cair dan garam.

2. Panaskan minyak sapi/marjerin dan tumiskan bahan tumbuk, kayu manis, serai, daun pandan dan kiub ayam. Tumis sehingga naik bau dan menjadi sedikit garing dalam periuk nasi. Boleh tumis dalam kuali atau terus tumis dan periuk nasi.

3. Masukkan bancuhan air dan susu cair tadi beserta dengan jagung. Kacau rata.

4. Kemudian masukkan beras yang sudah direndam, dibasuh dan ditos. Kacau perlahan-lahan supaya beras tidak hancur. Biarkan masak seperti biasa.

resipi nasi jagung

5. Sedia untuk dihidangkan bersama lauk ayam masak merah dan acar timun.

resipi nasi jagung

Kredit resipi dan gambar: Nor Azaliza Tarmizi

Baca juga: Resipi Nasi Arab Mandy Ayam, Dijamin Sedap Setanding Macam Di Kedai!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN