Kalau ada nasi lebih yang tak habis waktu berbuka, anda boleh cuba buat cucur nasi jejari ketam menggunakan nasi putih itu untuk sahur nanti.
Nak buat untuk makan waktu ‘moreh’ selepas solat tarawih pun boleh. Cara penyediaannya juga sangat mudah, sedap serta mengenyangkan.
Baca juga: Resipi Cucur Jagung, Buat Untuk Anak Memang Habis Licin Dimakan
Resipi Cucur Nasi Jejari Ketam
Bahan-bahan:
- 2 cawan nasi
- 2 cawan air
- 2 ½ cawan kecil tepung gandum
- 15 batang crabsticks dipotong kecil
- Daun kucai secukupnya dihiris halus
- Sedikit garam
- Serbuk cukup rasa
- Minyak untuk mengoreng
Cara-cara:
1. Kisar nasi bersama air sehingga lumat dan sebati.
2. Ambil satu bekas, masukkan tepung gandum, bahan kisar dan bahan-bahan lain iaitu crabstick, daun kucai, garam dan serbuk cukup rasa. Kacau sebati kesemuanya. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
3. Panaskan minyak. Sudukan adunan cucur jagung tadi, goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan tadi. Jika suka cucur yang kecil, sudukan sedikit saja. Jika suka cucur yang besar, sudukan banyak sedikit.
4. Goreng sehingga cucur masak dan bertukar keperangan.
5. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dihidangkan, sedapnya!
Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira
Baca juga: Ibu Kongsi Resipi Snek Cucur Ikan Bilis Kesukaan Anak, Sedap Rasa Macam Kerepek Bawang!