snek cucur ikan bilis

Selalunya kita buat cucur ikan bilis biasa kan? Kali ini apa kata jom cuba snek cucur ikan bilis ni pula.

Rasa macam kerepek bawang, sedap buat kudap-kudap sambil menonton televisyen.

Apabila anak-anak makin membesar, mereka memang akan suka makan. Jadi, mak-mak kena lagi kreatif lagi-lagi bab masakan.

Resipi Snek Cucur Ikan Bilis Mudah & Sedap

Bahan-bahan:

  • Sebungkus cucur bilis adabi
  • 2 sudu makan tepung gandum (supaya tak masin)
  • Sedikit minyak
  • Air sejuk

Cara membuat:

1. Masukkan semua bahan-bahan di atas. Gaul rata menggunakan garfu saja.

2. Kemudian uli sampai doh tidak melekat pada tangan.

3. Rehatkan doh, tutup mangkuk dengan tuala bersih. Sementara itu boleh panaskan kuali dan minyak.

4. Bahagikan doh kepada 8. Gelekkan doh dan potong memanjang seperti dalam gambar. Taburkan dengan sedikit tepung.

5. Goreng mengikut kesukaan anda. Jangan lama kalau tak suka garing sangat.

Bahan sos:

  • Sos cili
  • Mayonis
  • Mild mustard sedikit

Cara membuat:

1. Kacau rata semua bahan sehingga sebati.

snek cucur ikan bilis

Siap, selamat mencuba!

Kredit: Chi Derra

Baca juga: Jejari Roti Bersalut Tepung, Guna 2 Bahan Ini Je Dan Memang Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN