
Perkongsian resepi daging burger masak sos oleh Puan Hawa Mohd Amin ini salah satu menu mudah yang boleh dicuba. Memang cukup ringkas tapi sangat sedap!
Kalau lauk basah dah habis, daging burger pun boleh dijadikan lauk! Yang penting kena rajin, kreatif dan pandai mengolah untuk dijadikan menu yang lazat.
Jadi, ibu-ibu tak perlu risau lagi jika kehabisan bahan basah untuk memasak. Boleh guna apa sahaja yang ada di dalam peti sejuk seperti daging burger ini.
Baca juga: Resipi Skewer Daging Untuk BBQ, Guna 3 Warna Cili Benggala Baru Meriah!
RESEPI DAGING BURGER MASAK SOS

Bahan-bahan:
- 1 bungkus daging burger
- 5 biji telur
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 1 ulas bawang putih (dihiris)
- 3 tangkai cili padi (dihiris)
- 3 tangkai cili merah (dihiris)
- 3 sudu sos cili
- Sedikit kicap manis
- Sedikit sos tiram
Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian goreng daging burger hingga masak. Setelah itu, angkat dan potong daging burger menjadi empat bahagian kecil
- Dengan menggunakan baki minyak tadi, masukkan telur. Jangan kacau terlalu hancur, kemudian masukkan bawang dan cili yang dihiris tadi.
- Selepas itu, masukkan 3 sudu sos cili. Pastikan semua bahan tercampur rata.
- Masukkan juga kicap manis dan sedikit sos tiram.
- Perasakan masakan mengikut selera masing-masing.
- Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Hawa Mohd Amin
Baca juga: Tip Buat Daging Goreng Kunyit Jadi Basah-Basah, Barulah Lagi Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














